Saturday, 13 February 2016

Husam Musa Buat Hal Lagi?

Husam Musa Buat Hal Lagi?. Pelantikan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din sebagai Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) dianggap sebagai satu penghinaan kepada parti Islam itu.

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, PAS perlu menolak pelantikan Haron itu yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, pelantikan itu tidak kena kerana Haron Din jawatan paling tinggi dalam PAS tetapi duduk di bawah Presiden UMNO.

“Ia satu protokol yang sangat tidak kena. Bagaimana orang yang memegang jawatan paling tinggi dalam PAS tiba-tiba duduk bawah Presiden UMNO.

Husam Musa Buat Hal Lagi?

“Ini tak kena dari segi protokolnya. Bagaimana penjawat paling tinggi dalam parti dilantik sebagai ketua kelas di bawah Timbalan Perdana Menteri sahaja,” katanya dalam ceramah di Pengkalan Chepa, Kelantan, malam tadi.

The Malaysian Insider melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu mendesak PAS membuat keputusan politik bagi membetulkan perkara itu.






1 comment:

  1. Jangan lupa peristewa "PERANG UHUD" di mana pemanah pemanah yang berada di atas bukit Rasulullah S.A.W tidak membenar kan meraka meninggalkan tempat tersebut. Kerana harta dunia mereka tidak mematuhi perintah tersebut. Senerio yang serupa kini telah melanda PAS. Kerana sogokan yang di janji kan oleh DAJJAL yang meyerupa kan diri mereka ISLAM anutan UMNOngok maka berpusu pusu lah tok tok lebai di dalam PAS mengejar UMNOngok. Jelas kini bahawa puak puak berotoriti di dalam PAS mementingkan dunia. Aneh nya si Tuang President mengingat kan para pengikut nya agar jangan meninggal kan tongkang yang bakal karam. Pada aku ia nya saperti arahan se seorang yang bebal, Masih ada lagi kah para penyokong si lebai tersbut yang setia menjadi penumpang tongkang yang dah nak karam itu. Kalau masih ada, orang gila sendiri akan merasa pelik.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...