Thursday, 4 February 2016

Rupanya Sebab Ini Peguam Negara Bela Najib.. Dedah Mahathir

Rupanya Sebab Ini Peguam Negara Bela Najib.. Dedah Mahathir. Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dapat memegang jawatannya kerana Datuk Seri Najib Razak melantiknya menerusi “representasi palsu dipersembahkan kepada Agong”, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu dalam artikel di blognya hari ini berkata, itu adalah sebab mengapa Apandi seperti tidak mahu menyediakan maklumat kepada rakan sejawatnya di Switzerland dengan sebarang bukti yang boleh menjejaskan perdana menteri.

“Peguam negara sekarang, yang mana diminta kerjasamanya oleh peguam negara Switzerland, dilantik oleh PM menerusi representasi palsu dipersembahkan kepada Agong.

“Ini bermakna peguam negara berhutang budi kepada PM untuk jawatannya. Bolehkah dia dijangka mendakwa orang yang memberikannya jawatan? Dia tahu penyandangnya disingkirkan kerana cuba melakukan perkara sama, peguam negara baharu nampaknya tidak suka untuk mendakwa PM.

“Maka itu sebab penolakannya terhadap laporan Bank Negara dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Dia juga nampaknya tidak akan menyediakan sebarang bukti kepada peguam negara Switzerland yang boleh menjejaskan majikannya,” tulis Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata peguam negara Switzerland dan Parlimen Eropah hanya dapat membongkar kebenarannya jika mereka faham undang-undang dan amalan Malaysia.

Untuk itu, mereka sepatutnya melantik peguam Malaysia untuk bekerja dengan mereka, kata perdana menteri paling lama berkhidmat itu.

Jumaat lalu, Peguam Negara Switzerland Michael Lauber berkata pihak berkuasa negara itu menemui kira-kira AS$4 bilion (RM16.8 bilion) mungkin diselewengkan daripada syarikat milik kerajaan Malaysia.

Rupanya Sebab Ini Peguam Negara Bela Najib.. Dedah Mahathir

Penemuan itu dibuat ketika menyiasat 2 bekas pegawai 1MDB dan beberapa yang lain kerana disyaki terlibat dengan kegiatan rasuah membabitkan pegawai awam asing.

Apandi berkata beliau akan bekerjasama dengan Lauber, tetapi menambah siasatan berkaitan 1MDB tidak sama dengan kes sumbangan politik RM2.6 bilion Najib.

Dr Mahathir hari ini berkata, kenyataan itu “jelas” menunjukkan Apandi tidak mahu Lauber tahu sama ada wujud atau tidak pindahan wang ke akaun bank peribadi Najib yang datang daripada 1MDB.

Katanya, Apandi masih lagi belum membuktikan sumbangan itu benar-benar dari Arab Saudi.

“Tidak ada penerangan jelas bagaimana sejumlah besar wang itu dipindahkan ke dalam akaun Najib, bank yang digunakan penderma Arab berkenaan, sumber dana dan perniagaan penderma,” kata Dr Mahathir.

Walaupun Arab Saudi pernah menderma kepada pelbagai negara, ia bukan “hadiah peribadi” kepada individu tertentu, seperti kes Najib, katanya.

Dr Mahathir berkata dakwaan menyatakan wang itu didermakan sebagai penghargaan atas usaha Putrajaya memerangi keganasan tidak boleh dipercayai kerana Najib sudah pun berkata ia untuk memastikan kemenangan Umno dalam pilihan raya umum pada 2013.




1 comment:

  1. Memang sah2 nampak collusion between jibby and ag. Malaysian, we should do something. Pru is too late.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...