Saturday, 27 February 2016

Rupanya Mamat Ni Yang Arah Sekat The Malaysian Insider?

Rupanya Mamat Ni Yang Arah Sekat The Malaysian Insider? Portal-portal berita, "pahlawan papan kekunci" dan askar siber hanya berminat melaksanakan agenda mereka sendiri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Kata Najib, ketiga-tiga kumpulan itu mengamalkan kewartawanan "tidak sihat" dan mempunyai versi realiti mereka sendiri, serta beliau menggesa pengguna Internet untuk membezakan kebenaran.

"Zaman kerajaan menentukan jalan cerita masyarakat kita sudah berakhir. Dunia kini tanpa sempadan dengan kemajuan Internet dan media sosial."

Malangnya kini kata Najib, teknologi kadang kala disalah guna bagi mencetuskan perkauman dan perseteruan agama.

"Pahlawan papan kekunci, askar siber dan portal berita menjadikan dunia atas talian sebagai 'padang permainan', mencipta realiti versi mereka dengan tajuk berita memancing klik yang hanya memenuhi agenda mereka sendiri. Ini amalan kewartawanan tidak sihat," kata Najib menerusi tulisan bertajuk "Netizens for greater good" dalam blognya NajibRazak.com.

"Internet adalah harta bersama yang dimiliki warganegara global secara bersama. Maka, kita mempunyai tanggungjawab untuk tidak menyalahgunakannya."

Tulisan ini diterbitkan Najib sehari selepas pentadbirannya menyekat akses kepada The Malaysian Insider di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Rupanya Mamat Ni Yang Arah Sekat The Malaysian Insider?

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dihujani kritikan bertali arus kerana menyekat akses itu tanpa notis awal, tidak memperincikan berita yang menjadi sebab sekatan itu dibuat serta tidak memberikan penjelasan tentangnya.

Peguam-peguam juga berpendapat tafsiran meluas seksyen itu menjadikan ia mudah disalah guna dan kemungkinan mencetuskan ketidakadilan.

Najib mutakhir ini menjadi tumpuan berita yang mengaitkan beliau dengan kontroversi kewangan melibatkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas dana sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun peribadinya.

Dalam blognya, Najib berkata Internet adalah ruang terbuka bagi perbincangan dan suara orang ramai.

"Namun ia terpulang kepada kita untuk kekal pada jalan kesederhanaan dan tidak terpedaya dengan agenda pihak tidak bertanggungjawab.

"Pengguna Internet mesti tahu bezakan antara kebenaran, separa kebenaran, pendapat mahupun penipuan sebelum membentuk pendapat mereka.

"Kita perlu lebih berhati-hati apabila berkongsi pendapat di media sosial.

"Kita mesti terus menggunakan Internet dan media sosial sebagai platform mempromosikan perpaduan dan memeliharanya daripada disalah guna."





2 comments:

  1. Kelentong kepala penyamun. Sekian...

    ReplyDelete
  2. Selepas bukan setkat internet akan disekat lebih dari itu akan disekat tidak mustahil wartawan juga akan disiasat dulu latar belakang mereka sebelum dibenarkan mengeluarkan artikel mereka atau akan ditemuduga oleh wisma putra untuk menjaga kepentiingan peribadi keluarga najib dan kuncu-kuncunya itulah UMNO hari ini.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...