Saturday, 13 February 2016

Rupanya Berita Berkenaan MH370 Palsu.. Ini Buktinya

Rupanya Berita Berkenaan MH370 Palsu.. Ini Buktinya. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini menafikan laporan yang mendakwa juruterbang penerbangan MH370 Malaysia Airlines sudah dijumpai dan sedang dirawat di sebuah hospital di Taiwan.

"Kementerian ini akan memberi maklumat terkini mengenai MH370 dari semasa ke semasa. Sebarang maklumat mengenai MH370 perlu dirujuk kepada kami," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini.

"Jangan buat spekulasi," kata Liow selepas menyaksikan upacara menandatangani memorandum persefahaman antara Shell dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

Portal worldnewsdailyreport.com mendakwa juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di tebing Sungai Tangshui oleh penduduk kampung, yang kemudian menghantarnya ke Taipei Adventist Hospital.

Rupanya Berita Berkenaan MH370 Palsu.. Ini Buktinya

Portal itu juga menyiarkan gambar Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Jeyaindran Sinnadurai, yang disebutnya sebagai Dr Syed Boon Sulong.

Pejabat Konsulat Malaysia di Taiwan mengesahkan laporan itu sebagai tidak benar.






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...