Tuesday, 23 February 2016

Rupanya Bank Ini Terlibat Dalam Skandal 1MDB?

Rupanya Bank Ini Terlibat Dalam Skandal 1MDB? Bank swasta Switzerland terlibat dalam skandal pengubahan wang haram yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad dijual pada harga AS$1.34 bilion (RM5.6 bilion), lapor Reuters.

Agensi berita itu melaporkan semalam yang bank berpangkalan di Zurich, EFG International bersetuju membeli syarikat kewangan Brazil, Group BTG Pactual, BSI dengan harga CHF1.33 bilion (AS$1.34 bilion) dalam bentuk wang tunai dan saham.

EFG merupakan pemain ke-12 terbesar dalam pasaran di mana ramai penganalisis menjangka untuk melihat penggabungan bank-bank lebih kecil yang bergelut di bawah peningkatan peraturan dan hakisan undang-undang kerahsiaan bank Switzerland.

Salah satu faktor utama dalam rundingan itu ialah bagaimana untuk mengendalikan kemungkinan penalti daripada isu-isu undang-undang yang sedang dihadapi BSI, termasuk skandal pengubahan wang haram berkaitan 1MDB.

Urus niaga itu, yang dilaporkan Reuters minggu lepas, termasuk penubuhan akaun escrow "penting" di mana EFG percaya akan melindunginya daripada sebarang penalti, katanya, tanpa memberi maklumat tertentu.

Rupanya Bank Ini Terlibat Dalam Skandal 1MDB?

Pihak berkuasa Singapura sedang menjalankan siasatan pengubahan wang haram ke dalam akaun bank yang dikaitkan dengan 1MDB, yang aktivitinya mencetuskan tindakan undang-undang di 3 benua.

Menurut dokumen dikeluarkan Mahkamah Tinggi Singapura pada awal bulan ini, pengurus bank swasta BSI Yak Chee Yew muncul sebagai tokoh utama dalam siasatan, mengendalikan akaun 1MDB yang lumayan selepas beliau menyertai bank swasta Switzerland pada 2009.

Putrajaya tahun lalu menyatakan 1MDB memindahkan AS$1.1 bilion dari Kepulauan Cayman kepada BSI Singapura.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bulan lepas berkata terdapat kekurangan bukti untuk mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang mempengerusikan lembaga penasihat 1MDB, manakala syarikat sarat hutang itu menafikan dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.

Tetapi ketua pendakwa Switzerland berkata siasatan jenayah terhadap 1MDB mendedahkan yang kira-kira AS$4 bilion hilang.





1 comment:

  1. ASb billion hilang, mesti ada yg curi. Siapa curi ?????

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...