Friday, 5 February 2016

Rupanya Adun Pembangkang Ini Yang Mengambil Pendirian Berkecuali Dalam Krisis Di Kedah

Rupanya Adun Pembangkang Ini Yang Mengambil Pendirian Berkecuali Dalam Krisis Di Kedah. ADUN DAP Kota Darul Aman Teoh Boon Kok mengaku mengambil pendirian berkecuali ketika bertemu Jemaah Pemangku Sultan Kedah berhubung dengan krisis menteri besar di negeri ini.

Ini di tengah-tengah spekulasi bahawa sikap berkecuali tiga ADUN pembangkang telah membantu kumpulan Umno yang memihak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah.

Dua lagi ADUN yang dinamakan telah mengambil pendirian berkecuali - iaitu ADUN DAP Derga, Tan Kok Yew dan ADUN Pengkalan Kundor dari AMANAH, Datuk Phahrolrazi Zawawi - enggan mendedahkan pendirian mereka sebagai menghormati Jemaah Pemangku Sultan Kedah kerana undi itu adalah rahsia.

Rupanya Adun Pembangkang Ini Yang Mengambil Pendirian Berkecuali Dalam Krisis Di Kedah

Mempertahankan pendiriannya, Teoh (gambar) berkata sama ada ianya Mukhriz atau Datuk Seri Ahmad Bashah yang menjadi menteri besar, kedua-dua mereka adalah dari Umno.

"Jangan lupa kami sentiasa menentang dasar-dasar kerajaan Mukhriz, termasuk bajet.

"Mana boleh kami mengkhianati pengundi dan prinsip kami dengan tiba-tiba menyokong beliau?" katanya.





1 comment:

  1. Mana ada kemufakatan ? Sorrylah DAP ! Aku dah kembali sangsi pada kamu, tunjukkanlah kredibiliti bersepakat.Memang pembangkang berkecamuk dan disini aku ucap sabas pada Najib.Aku atas pagar. Pembangkang menyusahkan kami dan pemerintahpun sama sama menusahkan kami.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...