Sunday, 7 February 2016

Rahsia Peguam Negara Terbarai?

Rahsia Peguam Negara Terbarai? Selepas menelan pelbagai serangan Tun Dr Mahathir Mohamad, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini membalas balik dengan mempersoalkan adakah kenyataan bekas perdana menteri itu mengikut landasan ajaran Islam.

“Beliau berhak beri pandangan tetapi saya ada keraguan sama ada apa yang beliau cakap mengikut ajaran sebenar Islam atau tidak,” kata Apandi kepada The Malaysian Insider menerusi mesej Whatsapp.Peguam negara akhirnya bersuara buat pertama kali selepas pengumuman minggu lalu mengenai “tidak ada bukti mencukupi” untuk merangka pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal kewangan. 

Kenyataan Apandi itu dibuat hari ini beberapa jam selepas posting terbaru artikel Dr Mahathir di blognya di mana beliau berkata,”Peguam negara kata beliau (Najib) tidak bersalah tidak membawa maksud apa-apa. Beliau, peguam negara, tidak ada kredibiliti.”

Dalam posting di blognya, Dr Mahathir juga berkata Najib patut meletakkan jawatan bagi memastikan Malaysia dapat mengembalikan reputasinya.Pada Selasa, negarawan berusia 90 tahun itu memberitahu Financial Times, Apandi berada di bawah kawalan Najib susulan keputusannya tidak merangka pendakwaan terhadap perdana menteri.

Apandi pada sidang akhbarnya 26 Januari lalu mengumumkan berdasarkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, beliau mendapati Najib tidak melakukan kesalahan rasuah kerana memulangkan semula AS$620 juta kepada pendermanya pada Ogos 2013.

Rahsia Peguam Negara Terbarai?

Pada Rabu, Dr Mahathir berkata Apandi terhutang budi dengan Najib yang memberikannya jawatan itu menerusi “representasi palsu” kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Ini bermakna peguam negara berhutang budi kepada PM untuk jawatannya. Bolehkah dia dijangka mendakwa orang yang memberikannya jawatan? Dia tahu penyandangnya disingkirkan kerana cuba melakukan perkara sama, peguam negara baharu nampaknya tidak suka untuk mendakwa PM.

“Maka itu sebab penolakannya terhadap laporan Bank Negara dan SPRM. Dia juga nampaknya tidak akan menyediakan sebarang bukti kepada peguam negara Switzerland yang boleh menjejaskan majikannya,” kata Dr Mahathir.








1 comment:

  1. Kalau dah PN pun sudah tidak ada etika sebagai penega keadilan dimanakah lagi rakyat hendak mendapat keadilan yang oleh perlembagaan negara sebabnya PN boleh pilih siapa yang hendak didakwa makanya jika sesiapa yang beroleh keakraban dengan para pembelot keadilan dengan punyai sedikit kuasa atau wang ringgit sudah tentu tiada pendakwaan akan berlaku,itulah undang-undang malaysia negara ku yang semua boleh.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...