Saturday, 27 February 2016

Punca MT Umno Gantung Muhyiddin Semalam Terbongkar

Punca MT Umno Gantung Muhyiddin Semalam Terbongkar. Datuk Seri Najib Razak mengukuhkan kedudukannya di dalam Umno selepas menggantung Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun persoalannya kekal sama ada ia mengukuhkan parti Melayu itu dan menerima sokongan ramai.

Penganalisis berpendapat, tindakan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung Muhyiddin merupakan petanda Najib berjaya mengumpulkan sokongan kepimpinan tertinggi di sebelahnya walaupun terpalit dakwaan rasuah.

Apa yang belum jelas sama ada 3 juta ahli Umno akan menerima keputusan MT memandangkan Muhyiddin kini menjadi simbol perpecahan kecil ahli parti Melayu itu yang menentang Najib.

Kebangkitan kumpulan itu yang diketuai Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) kini mencetuskan tekanan terhadap Umno untuk menyingkirkan Najib melalui pemilihan dalaman parti.

"Semuanya bergantung kepada justifikasi penggantungan beliau," kata Datuk Seri Prof Dr Mohamad Mustafa Ishak daripada Majlis Professor Negara (MPN).

"Memang akan berlaku rasa ketidak puasan hatian. Tetapi jika alasannya kukuh dan munasabah, mereka akan menerimanya, kata Mustafa.

Beberapa ahli MT Umno yang menyokong penggantungan itu yakin apabila ditanya kesannya kepada akar umbi.

"Ini persoalan sama ada kita mahu parti dirosakkan konflik dalaman atau disatukan untuk berhadapan masa hadapan yang lebih mencabar," kata Ahli MT Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa turut berpendapat, keputusan itu akan mengukuhkan parti yang bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Punca MT Umno Gantung Muhyiddin Semalam Terbongkar

Pemimpin GKCM, Kamarul Azman Habibur Rahman bagaimanapun menolak alasan berkenaan dan berkata penggantungan itu menunjukkan Umno kini tiada lagi demokrasinya.

"Ini bermakna tiada lagi ruang demokrasi dalam Umno dan juga hal untuk memberikan pendapat. Keputusan itu dibuat untuk MT," kata Kamarul Azman, ketua cawangan di Umno bahagian Teluk Kemang di Negeri Sembilan.

GKCM berusaha menyingkirkan Najib kerana skandal yang terpalit padanya seperti isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma politik RM2.6 bilion.

Katanya, ahli MT gagal melihat keputusan itu mengenepikan nilai pengundi hari ini, seperti hak bersuara dan kredibiliti pemimpin.

Pendapat itu turut dipersetujui penganalisis, Wan Saiful Wan Jan yang berkata, terasnya Umno kini dipihak siapa.

Sama ada bersama presiden -- yang kehilangan kredibiliti disebabkan 1MDB dan RM2.6 bilion -- atau timbalan presiden yang mempersoalkan dan mengkritik presiden dalam isu itu.

"Ada yang tidak kena dalam Umno apabila pemimpin tertinggi tidak mempersoalkan bagaimana presiden boleh memperolehi dana RM2.6 bilion sebagai derma politik untuk parti yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Punca MT Umno Gantung Muhyiddin Semalam Terbongkar

"Dan mereka yang mempersoalkannya digantung," kata pengarah eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).

Walaupun peguam negara memutuskan untuk tidak mendakwa Najib disebabkan kekurangan bukti, ia tidak dapat diterima ramai pihak. Kumpulan anti rasuah dan pemimpin pembangkang masih menegaskan Najib bersalah.

"Sementara Najib kelihatan selamat, ia hanyalah secara individu," kata Kamarul Azman.

"Keputusan ini akan menghancurkan imej parti dalam kalangan ahli biasa dan komuniti Melayu," katanya.






1 comment:

  1. RAKYAT DOAKAN UMNO ADA PEMBUNUHAN DIANTARA SATU SAMA YANG LAIN.KALU MAMPOS PUN NAJIB ATAU MAHYUDIN DAN JUGA MENTERI MENTERI LAIN INI PUN BUKANYA RAKYAT SENANG PUN

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...