Sunday, 21 February 2016

Berita Gempar Buat Penyokong Pembangkang

Petanda Pembangkang Kalah Besar Di PRN Sarawak? Penganalisis politik berpendapat masyarakat Bidayuh di Sarawak mungkin tidak akan memberi undi kepada mana-mana parti dari Semenanjung seperti DAP, PKR dan Pas dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak, akan datang.

Pensyarah Program Kajian Politik dan Pemerintahan Universiti Malaysia Sarawak, Profesor Madya Dr Ahi Sarok berkata, ia kerana parti-parti dari Semenanjung ini boleh menggugat keharmonian kaum di Sarawak.

“Khususnya di tempat-tempat yang dikuasai PBB iaitu Tebedu, Kedup dan juga Tarap, pengundi akan menyokong calon PBB kerana mereka sudah tahu calon penyandang akan dikekalkan dan mereka ini telah memperlihatkan prestasi yang baik.

“Mereka sering turun padang dan banyak bawa perubahan serta pembangunan ke kawasan yang diwakili. Rakyat puas hati dengan pencapaian mereka. Lagipun, wakil rakyat berkenaan merupakan menteri dan timbalan speaker kecuali Adun Kedup.

Petanda Pembangkang Kalah Besar Di PRN Sarawak?

“Dengan jawatan itu, memungkinkan mereka mendapat geran MRP yang lebih banyak untuk disalurkan ke kawasan,” katanya dipetik dalam satu wawancara dengan SarawakVoice, baru-baru ini.

Sementara itu, beliau turut berpendapat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem perlu bertindak mengumumkan calon BN lebih awal di Opar bagi memastikan kemenangan berpihak kepada parti itu kerana rakyat hari ini sedang keliru.

“Dalam keadaan sekarang, ada dua calon yang berminat, iaitu Niponi Udek dan juga Bily Sujang. Kedua-dua mereka ini telah turun padang. Rakyat keliru, tidak tahu siapa yang perlu disokong,” katanya.

Selain itu, beliau turut menjangkakan calon-calon yang menggunakan logo BN akan menang dalam PRN Sarawak akan datang.

Petanda Pembangkang Kalah Besar Di PRN Sarawak?

“Tetapi, majoritinya pasti berkurangan kerana undi besar kemungkinan akan pecah. Bagi Mambong pula, mungkin berlaku pertembungan empat penjuru antara calon SUPP yang belum diumumkan, kerana SUPP punya dua calon berpotensi  iaitu pengerusi SUPP Mambong Kaunselor Ahkim Sahok, dan Dr Benedict Pores, pesara kerajaan.

“UPP mungkin diwakili penyandang, Menteri Muda Kesihatan Sarawak, Datuk Jerip Susil, manakala Willie Mongin akan wakili PKR dan Sanjan Daik akan wakili  DAP. Kemungkinan yang akan berlaku di situ, pertembungan empat penjuru dan yang dijangka menang, calon BN yang gunakan lambang BN,” katanya.


Sumber



1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...