Tuesday, 2 February 2016

Petanda Calon MB Baru Ditolak Istana Kedah Tersebar?

Petanda Calon MB Baru Ditolak Istana Kedah Tersebar? Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kedah daripada blok pembangkang dipanggil menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah esok, berhubung krisis kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Selepas giliran Adun daripada blok pemerintah hari ini, kesemua 15 wakil rakyat pembangkang – lapan Adun PAS, empat Adun PKR, dua DAP dan satu AMANAH – akan hadir ke pertemuan itu yang diadakan di Wisma Darul Aman, pada jam 2.30 petang.

Meskipun tiada pendirian sepakat antara pembangkang dinyatakan, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar membayangkan penolakan kepada usaha menyingkirkan Menteri Besar Kedah.

“Langkah Najib sangat tidak wajar, hanya semata-mata nak hapuskan musuh politik mereka, Mukhriz,” tegas Mahfuz ketika ditemui pemberita di perkarangan Stadium Darul Aman bersama ribuan rakyat Kedah yang mahu anak Tun Dr Mahathir Mohamad dikekalkan.

Petanda Calon MB Baru Ditolak Istana Kedah Tersebar?

“Tolong bagitahu apa kesalahan Mukhriz sehingga menyusahkan rakyat Kedah, apa masalahnya? Adakah kesalahannya lagi besar dari Najib?

Perkembangan ini menyusuli pertemuan tertutup selama dua jam antara Jemaah Pemangku Sultan Kedah dengan 20 Adun Barisan Nasional, dimana 19 daripada mereka telah menandatangani akuan berkanun mahu Mukhriz disingkirkan. Hanya Adun Jitra, Aminuddin Omar, dilaporkan tidak menandatangani akuan itu.



Addin:

Pelbagai rintangan yang dilalui oleh kem Najib untuk menyingkirkan Mukhriz. Adakah pihak istana Kedah dah muak permainan politik kem Najib? Sama-sama kita saksikan kesudahan drama ini..






2 comments:

  1. Aku lagi muak. AG di ganti sertamerta utk bersihkan nama nya. Beberapa pegawai SPRM di pindahkan. Badan penyiasatan dibubarkan. Gabwnor Bank Negara nak ditukar...MB kedah pun nak ditukar...

    ReplyDelete
  2. jgn jadi bodo piang weyyy...
    semua kjadian tu ada hikmah..
    tanpa izin Nya tak jadi semua tu..
    fahammmm

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...