Tuesday, 2 February 2016

Pekung Najib Terbongkar Sehingga Ke Luar Negara

Pekung Najib Terbongkar Sehingga Ke Luar Negara. Reputasi Malaysia sedang tenggelam dengan skandal kewangan syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan keputusan baru-baru ini yang membersihkan perdana menteri daripada salah laku kerana menerima jumlah derma amat besar daripada Arab Saudi, kata Sydney Morning Herald (SMH), hari ini.

Komentari tajam itu ditujukan kepada keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang enggan mendakwa Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada segala salah laku jenayah berhubung wang AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang dimasukkan ke akaun bank peribadinya pada awal 2013.

“Peguam negara mengeluarkan perintah ‘jalan terus, tidak ada apa-apa untuk dilihat’ kepada sesiapa yang bimbang mengenai sumbangan besar dalam akaun bank peribadi perdana menteri yang mendakwa dirinya mewakili demokrasi,” kata editorial itu.

Laporan itu menyatakan Apandi, dalam membersihkan Najib berkata perdana menteri tidak ada pengetahuan lanjut mengenai AUD$10 juta yang dimasukkan ke akaunnya daripada SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan.

“Peranan SRC berunsur politik kerana ia menerima pinjaman AS$930 juta, diluluskan Kabinet Najib, daripada dana kerajaan yang menguruskan simpanan persaraan kakitangan awam.

Pekung Najib Terbongkar Sehingga Ke Luar Negara

“Peguam negara kata Najib percaya AUD$10 juta itu juga datang dari Saudi,” lapor SMH.

Ia juga menyatakan Apandi dilantik tahun lalu selepas penyandangnya Tan Sri Abdul Gani Patail, disingkirkan secara tiba-tiba “dalam proses penyingkiran dan pemindahan individu secara tergesa-gesa” terhadap sesiapa yang mengkritik perdana menteri atau terbabit dalam penyiasatan dana 1MDB.

SMH berkata pada Oktober tahun lalu, Apandi juga enggan mengenakan pendakwaan jenayah terhadap syarikat itu seperti disyorkan Bank Negara Malaysia.

Sidang editorial itu juga menyatakan hingga sekarang, Najib Berjaya mengatasi protes jalanan besar-besaran dan kempen berterusan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendesaknya meletakkan jawatan.

“Berapa lama lagi Malaysia boleh dianggap sebagai negara moden dan sederhana dalam menentukan masa depannya?

“Kepentingan strategiknya sebagai negara Islam sederhana di rantau Asia pada ketika keganasan berlaku setakat ini berjaya melepaskan ia daripada kecaman antarabangsa, tetapi reputasinya kian tenggelam,” kata SMH.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...