Thursday, 11 February 2016

PAC Halang Media

PAC Halang Media. Pengamal media dihalang daripada memasuki bangunan Parlimen hari ini bagi membuat laporan prosiding terakhir Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terhadap kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin minggu lalu berkata, akan memanggil bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan bekas pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh hari ini. 

Katanya, mereka yang terakhir akan dipanggil sebelum PAC membuat "rumusan yang objektif, telus dan adil" berhubung siasatannya. 

Pengamal media berkumpul seawal jam 8 pagi dan kereta Bakke dilihat memasuki bangunan Parlimen kira-kira jam 10 pagi.

PAC Halang Media

Media difahamkan, Hasan yang juga ahli Parlimen Rompin akan membuat sidang media esok mengenai perkara itu.

Beliau sebelum ini juga berkata, Ketua Audit Negara akan membentangkan laporan audit mengenai krisis 1MDB itu kepada PAC pada 24 dan 25 Februari. 

Beliau berkata setelah itu PAC akan membuat rumusan terhadap intipati pembentangan laporan audit berkenaan untuk dibentangkan pula kepada Parlimen.





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...