Thursday, 4 February 2016

Najib Umum Gula-Gula Untuk Rakyat Kedah Esok?

Najib Umum Gula-Gula Untuk Rakyat Kedah Esok? Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengumumkan sesuatu kepada rakyat Kedah dalam lawatan beliau ke negeri itu, esok.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam sidang media selepas selepas selesai Majlis Angkat Sumpah di Istana Anak Bukit di sini. “Dia mai (datang) ke Sungai Petani dan Kulim (Kedah) mungkin rakyat akan dapat sesuatu,” katanya.

Dalam pada itu, Bashah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata percaya Najib dan kerajaan Pusat akan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk membantu rakyat di Kedah.

Katanya, sokongan UMNO masih kuat dan beliau percaya rakyat akan sedar dengan perubahan yang ingin dibawa di Kedah.

Najib Umum Gula-Gula Untuk Rakyat Kedah Esok?

“Mungkin ada anggapan (sokongan kepada UMNO semakin terhakis). Namun kita yakin rakyat sokong, rakyat dah tahu episod 14 hari ini. Di penghujung rakyat akan sedar.

“InshaAllah selepas PRU13 Najib pernah janji bantu di Kedah. Dia (Najib) beri jaminan akan bantu Kedah.

“Saya yakin persahabatan lama saya kenal Perdana Menteri, saya yakin akan bantu Kedah,” jelasnya.

Pagi tadi, Bashah, 66, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-12, di hadapan Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah.





2 comments:

  1. rakyat menerima bencara dari segi kehidupan.anak anak kessusahan hinfgaga susah melanjutkan pelajaran menteri bertekak pun mereka kaya raya menyapu harta negara.kepada seluruh rakyat malaysia harus lah kita berpijak pada bumi yang nyata.pengkhianat pengkhianat ini tidak lagi membela nasib rakyat mau pun untuk kepenting negara

    ReplyDelete
  2. ini semua nak tutup certa penyangak pengak yang hasil negara

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...