Friday, 12 February 2016

Berita Gempar Dari Dalaman Umno

Berita Gempar Dari Dalaman Umno. Kumpulan pemberontak dalam Umno akan memulakan langkah melobi cawangan seluruh negara yang bakal bermesyuarat Mac depan untuk membawa usul mendesak Presiden Datuk Seri Najib Razak berundur dan mengadakan pemilihan parti secepat mungkin.

Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) menjadi perintis dalam usaha melobi kali ini dengan harapan usul tersebut diterima dan dibawa ke peringkat bahagian untuk dibahaskan nanti.

"GKCM akan melobi mesyuarat cawangan yang akan bermula Mac ini untuk membawa usul peletakan jawatan Najib dan pada masa sama mahu pemilihan semula parti diadakan," kata naib presiden kumpulan tersebut, Rushdan Mohamed.

Rushdan mensasarkan 20 hingga 30 cawangan dalam setiap bahagian Umno akan membawa usul tersebut bagi membolehkan ia dibawa untuk dibahaskan ke peringkat bahagian.

Tidak menolak kedudukan Najib ketika ini semakin kuat, Rushdan berkata mereka tidak akan mengaku kalah sebaliknya meneruskan menyusun bersama-sama ahli akar umbi berkempen dalam mendesak pengunduran perdana menteri.

GKCM banyak mengadakan jelajah ke seluruh pelosok negara untuk meraih sokongan, termasuk semasa kemelut menteri besar Kedah baru-baru ini, katanya.

"Banyak kesempatan yang kami ambil semasa krisis di Kedah dan bertemu dengan akar umbi. Apa yang boleh saya katakan, majoriti rakyat dan ahli Umno sendiri tidak lagi melihat Najib sebagai pemimpin," katanya.


Pengerusi GKCM Kamarulazman Habibur Rahman menganggap penyokong Datuk Seri Najib Razak dalam Umno yang ada sekarang ibarat askar upahan yang lari meninggalkan Melaka apabila kerajaan Melayu diserang Portugis pada 1511.

Sementara itu, pengerusi GKCM Kamarulazman Habibur Rahman pula berkata, walaupun kedudukan Najib semakin kuat, tidak mudah untuk beliau terus memelihara kekuatan kubunya kerana mereka sekelilingnya tidak setia.

"Walau apa yang dilakukan untuk menguatkan kedudukannya, Najib akan mendapati orang sekelilingnya adalah golongan yang tidak mempunyai kesetiaan tinggi.

Berita Gempar Dari Dalaman Umno

"Mereka hanya terdiri daripada golongan berkepentingan peribadi. Sama seperti askar upahan yang lari meninggalkan Melaka apabila kerajaan Melayu diserang Portugis pada 1511," katanya.

Kemelut politik di Kedah dilihat pemerhati menjadi klimaks kepada penyingkiran semua musuh Najib dengan anak pengkritik paling lantang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menjadi pemimpin terbaharu Umno yang disingkirkan daripada jawatan selaku menteri besar.

Beliau nampaknya senasib bekas timbalan perdana menteri yang masih timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri yang masih naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal – kedua-duanya digugurkan daripada Kabinet pada Julai tahun lalu.

Anak Tun Dr Mahathir Mohamad tersebut, yang meletak jawatan pada 3 Februari susulan hilang keyakinan pemimpin Umno bahagian, mendakwa punca beliau disingkirkan ialah kelantangannya mengkritik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion.

Bagi ketua Umno Cawangan Jalan Badlishah Anuar Abdul Hamid, ahli akar umbi akan terus berjuang menyelamatkan parti daripada dirosakkan seorang pemimpin yang dakwanya tidak pernah peduli mengenai kesengsaraan rakyat.

"Kami yang perlu selamatkan Umno. Nasib Umno sekarang berada di tangan akar umbi.

"Najib akan lakukan apa sahaja untuk selamatkan dirinya. Negara ini boleh musnah dan terbakar tapi Najib tidak akan peduli," katanya.

Kemelut dalaman Umno juga dilihat tidak akan berakhir, perpecahan terbaharu melibatkan beberapa Umno cawangan yang lumpuh kerana pemimpin meletak jawatan akibat tidak berpuas hati dengan kepimpinan.

Bekas ketua Pemuda Umno Cawangan Keliang, Hulu Selangor, Moohamad Faizal Abdul Raub mendedahkan pergerakan cawangan Umno di kawasannya lumpuh apabila pemimpin sayap meletak jawatan beramai-ramai baru-baru ini.

Berita Gempar Dari Dalaman Umno

"Di kawasan saya, Pemuda cawangan semua sudah letak jawatan, yang tinggal sekarang hanya ketua cawangan dan ketua Wanita sahaja.

"Pemuda bubar habis. Tiada lagi pergerakan sayap di cawangan," katanya.

Najib ketika ini kelihatan berada dalam situasi yang hampir tidak dapat dikalahkan tahun ini walaupun beliau dijangka berdepan lebih banyak desakan untuk berundur dari dalam dan luar Umno.

Walaupun 2015 merupakan tahun paling getir beliau sepanjang 6 tahun sebagai perdana menteri, presiden Umno itu berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam parti pemerintah itu dan menewaskan semua musuh dalamannya, termasuk Dr Mahathir yang luas pengaruhnya.

Permulaan 2016, Najib dilihat mengukuhkan cengkaman kuasanya dengan menyingkirkan Mukhriz dan pada masa sama masih belum lagi didakwa ke muka pengadilan walaupun terpalit dengan pelbagai skandal dan tuduhan salah guna kuasa.




1 comment:

  1. Yang bergabung untuk jatuhkan najib tu gabungan ketua cawangan. Yang menyokong ketua cawangan tu pulak ahli2 hantu yg tak tahu kebenaran keujudan mereka. Macam mana nak laku selain dari publisitii untuk pemakan dedak?

    Dari segala isu sampai lah yg terbaru isu TH.......kalau tak fitnah, menipu. Admin sebagai seorang muslim, apa tindakan admin? Terus dengan sifat jahiliyah kafirun?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...