Thursday, 11 February 2016

Najib Makin Tertekan..Ikuti Pendedahan Terbaru

Najib Makin Tertekan..Ikuti Pendedahan Terbaru. Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) sedang menyiasat aliran wang keluar masuk Red Granite Pictures, sebuah syarikat penerbitan Hollywood milik Riza Aziz, anak tiri kepada Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Razak.

Menurut portal hiburan Deadline.com, penyiasatan itu ialah sebahagian daripada siasatan DoJ terhadap kemungkinan salah laku Najib dan ahli perniagaan kaya Low Taek Jho yang juga dikenali sebagai Jho Low.


“Pada masa ini, Jabatan Keadilan sedang mengumpul maklumat dan berminat dengan transaksi hartanah oleh Low dan Riza selain kewangan Red Granite. Kami dimaklumkan beberapa orang sudah dipanggil untuk soal siasat,” kata laporan itu.

 “Tidak pernah ada apa-apa yang tidak wajar mengenai Red Granite Pictures atau aktiviti perniagaan Riza,” kata jurucakap Red Granite Pictures dan Riza dipetik sebagai berkata.

“Apa yang mereka lakukan dan akan terus buat ialah membangunkan dan menerbitkan filem hebat yang setakat ini menjana pendapatan lebih AS$800 juta di panggung seluruh dunia.”

Sejak dilancarkan 3 tahun lalu bersama parti hebat di Cannes, Red Granite mempunyai beberapa filem. Salah satu filem terkenalnya bertajuk Wolf of Wall Street, dengan bajet penerbitan AS$100 juta berjaya mendapat AS$392 juta dari seluruh dunia dan menerima 5 pencalonan Oscar termasuk untuk kategori Filem Terbaik.

Red Granite sebelum ini berkata menerima sokongan wang dari Asia dan Timur Tengah, dan Riza sendiri memberitahu New York Times (NYT) pada Februari 2014 yang pembiaya terbesar Red ialah seorang lelaki bernama Mohamed Ahmed Badawy al-Husseiny.

Najib Makin Tertekan..Ikuti Pendedahan Terbaru

Ahmed Badawy ialah ketua di Aabar Investments, sebuah syarikat yang mempunyai ikatan kuat dengan Low.

Ahmed Badawy memberitahu NYT beliau dan pelabur persendirian membantu membiayai Red Granite, dan seorang jurucakap berkata tidak ada wang dari Malaysia.

Pada September tahun lalu, NYT melaporkan satu unit di DoJ sedang menyiasat Najib berhubung pembelian hartanah oleh Riza dan Jho Low.

Memetik sumber yang enggan dinamakan, NYT berkata inkuiri memfokuskan mengenai pembelian hartanah di AS pada tahun terkini oleh syarikat tidak aktif.

NYT melaporkan pada Februari mengenai pembelian itu menggunakan syarikat tidak aktif oleh pelbagai personaliti antarabangsa, termasuk Riza dan Jho Low.

Sejak pendedahan The Wall Street Journal dan Sarawak Report mendakwa RM2.6 bilion masuk ke akaun bank peribadi Najib, perdana menteri Malaysia itu berada dalam tekanan terutama dalam mengendalikan syarikat pelaburan negara yang diilhamkannya, 1Malaysia Development Berhad.

Tetapi selepas hamper 6 bulan penyiasatan, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada bulan lalu berkata tidak ada bukti mencukupi untuk mendakwa Najib.




3 comments:

  1. Berapa banyak punya tertekan daaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali tertekan like daaaa....

      Delete
  2. Dia lagi enjoy.hari ke u S San Francisco dan los Angeles.betapa enjoy nya dia laki bini.kita aje yg penat banyak bersangka buruk kat dia.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...