Tuesday, 2 February 2016

Najib Boleh Tarik Nafas Lega Sebentar Sahaja..

Najib Boleh Tarik Nafas Lega Sebentar Sahaja. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan salah seorang daripada pegawai yang disyaki dalam siasatan pihak berkuasa Switzerland berhubung syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), lapor Asia Nikkei Review semalam.

"Dalam prosiding jenayah OAG yang masih berlangsung, Najib Razak bukan salah seorang pegawai awam yang sedang dituduh," kata jurucakap Pejabat Peguam Negara Switzerland, Andre Marty yang memberitahu majalah mingguan perniagaan itu.

Menurut laporan itu, identiti "individu yang tidak dikenali" itu mendatangkan kepada pelbagai spekulasi tetapi pihak berkuasa Switzerland tidak menamakan Najib sebagai suspek.

Marty berkata ungkapan "orang yang tidak dikenali" dalam undang-undang Switzerland merujuk kepada prosiding jenayah di mana terdapat kecurigaan munasabah menunjukkan kesalahan itu dilakukan, namun tertuduhnya tidak diketahui.

Majalah Asia itu bagaimanapun menyifatkan pengumuman peguam negara Switzerland pada 29 Januari yang mengatakan sejumlah AS$4 bilion mungkin dicuri daripada 1MDB – di mana lembaga penasihatnya dipengerusikan perdana menteri – sebagai "terlalu berterus-terang".

Najib Boleh Tarik Nafas Lega Sebentar Sahaja

Laporan bertajuk "Najib kekal bertahan – tetapi untuk berapa lama" itu juga berkata pengumuman peguam negara Switzerland menjejaskan Peguam Negara Malaysia Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang mengumumkan AS$681 juta dibayar ke akaun bank Najib ialah sumbangan daripada keluarga diraja Arab, dan mendapati tiada kaitan antara pemberian dermawan tersebut dengan dakwaan palsu dan salah urus dalam 1MDB.

"Masalah dana kerajaan itu yang mencapai hutang berjumlah AS$10 bilion sebelum bail out pada November 2015 oleh syarikat tempatan China serta pendedahan tentang berjuta wang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib membuatkan beliau digesa meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan menjejaskan pasaran kewangan Malaysia," kata laporan itu.




1 comment:

  1. Terlalu banyak sangat perkara KEBETULAN yang berlaku berhubung dengan kes ini, menjuruskan kepada rekayasa sahaja. Jika dirujuk kembali kepada peristiwa-peristiwa aneh umpamanya pembunuhan Hussein Najadi, pemecatan TSMY dan SA, penukaran AG secara mendadak, pembunuhan Kevin Morrais, PAU yang lalu tidak boleh dibincangkan fasal 1MDB dan wang derma RM2.6bilion dan banyak lagi, semuanya kelihatan teramat jelas ada hubungkaitnya dengan skandal penyelewengan DSN. AG spesis hakim hacks telah menjadikan Malaysia dipandang jelek di serata dunia.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...