Thursday, 11 February 2016

Berita Gempar Dari Mukhriz.. Saksikanlah

Luahan Hati Anak Mukhriz.. Saksikanlah. Selepas anak perempuan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah meluahkan perasaan ekoran penghinaan masyarakat yang mempertikaikan kelulusan akademik ayahnya, kini anak perempuan Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula berbuat sedemikian.

Meluahkan isi hati melalui laman Instagram, Meera Alyanna Mukhriz melahirkan rasa terkilan ayahnya yang disifatkannya seorang individu yang baik, digulingkan daripada jawatan menteri besar itu.

Beliau bagaimanapun berbangga menjadi anak kepada Mukhriz dan walau apa pun yang terjadi, akan tetap memandang tinggi ayahnya sebagai seorang yang berintegriti, tabah dan kuat semangat.

Amat menyakitkan apabila melihat orang yang baik digugurkan, tetapi ada seseorang pernah berkata kepada saya, Allah mempunyai rancangan untuk kita semua," katanya.

"Saya tidak akan berpura-pura saya tahu tentang politik. Malah, saya tak tahu apa-apa pun tentangnya. "Tetapi, mengenali ayah secara peribadi, saya tahu ayah seorang yang hebat," tulisnya di dalam Bahasa Inggeris, di laman Instagramnya menggunakan nama @ally.mukhriz.

Cucu Tun Dr Mahathir Mohamad itu turut menambah, ayahnya begitu berdedikasi dalam melaksanakan tugasnya sebagai menteri besar, sejak dilantik pada 2013, malah sukar meluangkan masa bersama.

"Oleh kerana ayah begitu sibuk, saya menghargai masa (kadang-kadang hanya beberapa jam saja dalam seminggu) yang saya dapat untuk dihabiskan bersama ayah."Ayah akan menggalakkan saya kenal artis tempatan Kedah atau pakaian baru buatan tempatan.

"Tidak lupa juga, bagaimana terujanya ayah pada setiap perlawanan bola sepak. Go hijau kuning!," tulisnya.Beliau turut menghargai sikap prihatin yang ditunjukkan rakyat terhadap nasib yang menimpa ayahnya dan mengucapkan terima kasih.

Luahan Hati Anak Mukhriz.. Saksikanlah

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengatakan, anda sudah lakukan yang terbaik dan saya amat berbangga menjadi anak ayah (juga mummy)!"Untuk Kedah, walaupun saya tidak sempat mengucapkan selamat tinggal secara rasmi, di sini saya ucapkan terima kasih banyak kerana menyambut kami dan terima kasih kerana sangat baik kepada kami," katanya.

Sebelum ini, luahan anak bongsu Bashah, Azira Hafiza, menjadi perhatian pengguna media sosial.Ekoran hinaan dibuat di media sosial kepada bapanya, beliau menulis status di Facebook yang meluahkan kekecewaan kerana bapanya digelar “kaki tidur” dan dicerca kerana “hanya punya SRP”.

Sedih dengan dakwaan beberapa pihak yang bapanya tidak layak menjadi menteri besar, Azira turut menulis mengenai pengorbanan bapanya terhadap negeri jelapang padi itu yang tidak diketahui masyarakat.“Kaki 'tidur', yang dicerca, dikeji, dimaki tu adalah abah saya. Saya bangga dengan beliau.

"Lawak bila orang yang tak pernah kenal, tak pernah bersua, baca entah dari sumber yang mana, tak pernah tegur, boleh bercakap macam-macam,” tulis Azira.










2 comments:

  1. INI SEMUA PENYAMUN HASIL NEGARA.TAK USAH AMBIL BERAT LAH

    ReplyDelete
  2. jangan kita leka untuk bersatu..
    kelak kita akan hidup menumpang di Tanah sendiri..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...