Saturday, 20 February 2016

Kejutan Dari Istana Pahang

Kejutan Dari Istana Pahang. Tiket Konsert “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” sempena Hari Keputeraan ke-85 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 27 Feb di Istana Budaya (IB) di sini, mencatat rekod tersendiri apabila menjadi tiket termahal pernah dijual di IB.

Pengerusi Jawatankuasa Induknya Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali berkata tiket berharga RM5,000 untuk 100 tempat duduk itu telah habis dijual hanya dalam masa seminggu selepas tarikh jualan bermula 27 Jan lalu.

“Sebelum ini Konsert Malam Keajaiban Cinta oleh penyanyi Datuk Rossa tahun lalu adalah termahal di IB dengan nilai RM1,500 tapi konsert kali ini sudah memecahkan rekod,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini (semalam).

Katanya hasil kesemua jualan tiket akan disalurkan kepada Yayasan Luhur Nurani bagi tujuan kebajikan khususnya buat pendidikan pelajar miskin di Pahang.

“Sambutan jualan tiket dan penajaan amat menggalakkan dan setakat ini kira-kira 80 peratus daripada 1,300 tiket telah habis dijual,” katanya.

Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom akan turut mencemar duli ke konsert yang bermula pada pukul 8.30 malam itu.

Kejutan Dari Istana Pahang

Acara yang julung kali diadakan ini dianjurkan Luhur Nurani dengan kerjasama Persatuan Siswazah Warisan, Pertubuhan Strategis Bersatu serta Yayasan ALMAS dan dinaungi oleh adinda Sultan Pahang Datuk Seri Tengku Kamarulzaman Sultan Abu Bakar.

Konsert ini bakal dijayakan oleh tujuh penyanyi yang mendapat penganugerahan gelaran Datuk daripada Sultan Pahang iaitu Datuk Jamal Abdillah, Datuk Hattan, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk David Arumugam Alleycats, Datuk Yusni Hamid, Datuk Rossa dan Datuk Leonard Tan.

Bersempena konsert itu, Pameran Diraja “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” juga akan berlangsung di pusat kesenian IB bermula 24 hingga 27 Feb.

Tengku Kamarulzaman berkata pameran itu akan memaparkan koleksi gambar menceritakan kehidupan Sultan Pahang dari diputerakan termasuk koleksi peribadi yang belum pernah dipertontonkan kepada umum.

“InsyaAllah kita menjangkakan pameran ini akan menarik lebih 100,000 orang pengunjung dan terbuka kepada orang ramai secara percuma,” katanya.






1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...