Tuesday, 23 February 2016

Individu Ini Mahu Bunuh Zamihan?

Individu Ini Mahu Bunuh Zamihan? Kesungguhan penceramah bebas, Zamihan Mat Zin menentang fahaman Syiah, Wahabi dan menolak ideologi ekstremis menyebabkan dirinya menerima ugutan bunuh daripada pihak yang tidak berpuas hati.

Presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) itu berkata, beliau pernah menerima ugutan bunuh sebanyak dua kali sepanjang kariernya sebagai seorang penceramah dan juga penulis buku.

“Saya sudah dua kali diancam bunuh. Saya sudah buat laporan polis untuk ancaman kali pertama, dan saya bercadang untuk buat laporan polis kali kedua,” katanya dalam sidang media di pejabat Aswaja, hari ini.

“Ugutan bunuh ini baru lagi dan saya tidak pernah kenal orang ini. Orang ini menyatakan bahawa Zamihan sepatutnya dibunuh,” katanya yang bercadang membuat laporan polis kali kedua, esok.

Zamihan yang sering terlibat memulihkan fahaman ideologi pengganas menyatakan kedua-dua ugutan bunuh yang diterimanya adalah melalui laman sosial Facebook.

Individu Ini Mahu Bunuh Zamihan?

Bagaimanapun, penceramah itu turut meluahkan rasa kecewanya apabila laporan polis yang dibuatnya pada kali pertama tidak mendapat perhatian dan tiada sebarang tindakan daripada pihak polis.

“Bila kita buat laporan polis, sehingga kini masih tiada tindakan,” kata beliau lagi.

Zamihan memberitahu ugutan bunuh kali pertama dibuat oleh seorang guru yang dipercayai menetap di Lahad Datu, Sabah. Manakala, ugutan kali kedua dibuat oleh seorang individu yang dipercayai menetap di Pulau Pinang.





3 comments:

  1. dia ni presideng aswj satu Malaysia ke apa atau seluruh dunia? kalau dia presiden aswj Malaysia, bermakna hadi, haronding bawah dia. kena wala dgn dia lah.

    aswj sudah ada presiden. presiden? sama mcm presiden Obama ke?

    Nabi saw dulu presideng juga ke? presiden abu bakar? presiden omar alkhatab? presiden Othman? presiden ali?

    peliklah. mcm mn nama ngo ni boleh diluluskan...

    ReplyDelete
  2. Kawan tu kata sepatutnya dibunuh bukan akan bunuh. Pasai tu polis tak ambil pot.

    ReplyDelete
  3. Mihan oh Mihan kenapalah blog ambik citer n masukkan dlm blog ni,tak de faedah langsung.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...