Tuesday, 16 February 2016

Ibarat Jatuh Ditimpa Tangga.. Zahid Hamidi Tak Sanggup Dengar Berita Ini

Ibarat Jatuh Ditimpa Tangga.. Zahid Hamidi Tak Sanggup Dengar Berita Ini. Mungkin berang dengan 'serangan' yang ditujukan kepadanya, anak perempuan timbalan perdana menteri Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berkata beliau hanya akan "menunggu" di Padang Mahsyar untuk bertemu pihak yang melakukan kesalahan terhadapnya.

Lebih menarik pihak yang dimaksudkan Nurulhidayah itu adalah pengendali sebuah akaun parodi yang pernah diadukan kepada Facebook sehingga menyebabkan ia gagal diakses untuk seketika.

Melalui status dimuat naik akaun Amran Fans, pengendalinya bertanya jika mereka boleh mencadangkan supaya Nurulhidayah bekerja sebagai jurujual, juruwang atau pelayan kedai makan.

Cadangan itu berkaitan kenyataan bapa Nurulhidayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini yang mencabar belia di Malaysia supaya melakukan 'kerja kotor' jika tidak mahu pekerja warga asing dibawa masuk.

Malaysiakini semalam melaporkan Ahmad Zahid mencabar belia supaya menceburi "apa sahaja bidang yang ada pekerja asing" untuk diambil alih.

"Kita tolak pekerja asing," katanya merasmikan mesyuarat tahunan ke-32 Majlis Belia Selangor (MBS) di Shah Alam.

Ekoran ucapan itu, para hadirin kemudian menjerit "Setuju!".

Kata Ahmad Zahid golongan belia juga perlu mengambil alih pekerjaan di sektor perladangan, perkilangan tukang cuci.

Ibarat Jatuh Ditimpa Tangga.. Zahid Hamidi Tak Sanggup Dengar Berita Ini

Pengendali Amran Fans berkata, jika anak Ahmad Zahid itu sanggup bekerja seperti operator pusat khidmat panggilan, pasar raya atau seumpamanya barulah boleh dinilaikan rakyat negara ini malas atau tidak.

"Ni tak, buat uji kaji ikut sedap anak tekak. Lepas tu cakap nak bawak masuk 1.5 juta Bangladesh sebab rakyat malaysia malas.

"Bapak kau! Eh memang bapak dia pun. Huhuhu.." tulis Amran Fans.

Kenyataan itu dibalas Nurulhidayah yang menulis di Instagramnya: "Kak Long tunggu jer korang cari Kak Long nanti (walaupun Kak Long tak berpayung emas sebab TAK RELA BERMADU.. ha ha ha)."

Walaupun tidak berkenalan dengan pengendali Amran Fans di dunia ini, katanya, beliau akan berkenalan dengan mereka di Padang Mahsyar - merujuk kepada "pencipta dan penyampai serta penyebar fitnah terhadapnya.

"Seronok baca komen2 korang ni. Bagus. Sesuai dengan sel-sel otak yang tak berapa nak berhubung tu," tulisnya menggunakan akaun @deltanovzulu hari ini.





2 comments:

  1. Usia masih muda lagi. Kalau umur panjang perjalanan masih jauh. Jangan cakap besar. Kuasa yang ada dipinjam oleh Allah s.w.t. Sekejap dan semendtara. Tengoklah sejarah orang-angkuh angkuh : keluarga Saddam, keluarga Shah Iran, keluarga Gadaffi, keluarga Raja Idris, keluarga Raja Farouk dan banyak lagi yang patut kita renungkan. Dalam pada itu teringat juga kisah body guard-body guard wanita Gadaffi. Semasa berkuasa bukan main gah lagi. Mereka mati dalam kehinaan. Diperkosa dan dibunuh dan mayat mereka bergelimpangan macam bangkai tikus!! Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Semoga kita semua diampun dan dirahmati oleh Allah s.w.t.

    ReplyDelete
  2. sebenarnya bukan sebab orang muda tak nak keje kotor dan kasar. Kalau tak xkan lah ramai ank muda lari keje di singapore. kat sana pun ramai yg cari keje 'kotor' dan 'kasar' je. memandai je cakap org muda memilih. isu nye ialah gaji yang tak cukup untuk tampung belanja kat negara yang 'semua benda bercukai' @ malaysia ni. huhu...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...