Sunday, 14 February 2016

Golongan Belia Belasah Zahid Hamidi?

Golongan Belia Belasah Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mencabar golongan belia negara ini mengambil pekerjaan dalam sektor yang kini dikuasai pekerja asing memandangkan perdebatan hangat berhubung keperluan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh dalam tempoh 3 tahun akan datang.

Berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Selangor ke-32 di Shah Alam, Zahid  Hamidi mengajukan beberapa soalan kepada mereka pada majlis itu sama ada mereka mahu bekerja dalam sektor-sektor seperti industri berat dan perladangan, yang mana beliau menerima jawapan lantang “ya”.

"Adakah anda semua golongan belia, bersetuju bekerja di ladang kelapa sawit?"

 "Saya tanya golongan belia sekarang, sama ada anda semua setuju untuk bekerja di bawah panas matahari di tapak pembinaan untuk membina rumah?"

"Saya bertanya sekarang, jika anda semua bersetuju berpeluh dalam kilang-kilang? Menyapu jalan raya dan membersihkan longkang?

Belia menjawab “ya” bagi semua soalan itu.

Ini kemudian mendorong Zahid mengarahkan presiden majlis Datuk Irmohizam Ibrahim, yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor, untuk mendaftar semua 1,000 belia yang menghadiri perhimpunan agung bagi pekerjaan berkaitan 3D – merujuk kepada tugasan yang dianggap sebagai kotor, sukar dan berbahaya.

Bagaimanapun, Zahid berkata secara realistiknya belia Malaysia bersikap pemilih dan tidak bersedia bekerja dalam 3 sektor berkenaan.

Golongan Belia Belasah Zahid Hamidi?

"Anda bersetuju macam itu saja? (Tetapi) Ini realitinya, orang muda tidak mahu melakukan pekerjaan itu," katanya.

"Berapa ramai daripada anda bersedia bekerja sebagai tukang masak di restoran-restoran tempatan atau bekerja di kilang-kilang perabot?"

"Kita memerlukan sekurang-kurangnya 160,000 pekerja di kilang-kilang. Berapa ramai daripada anda bersedia meneroka bidang itu yang kini diisi pekerja asing?"


Beliau berkata, pada hakikatnya majikan yang berhadapan masalah kekurangan tenaga manusia hanya mempunyai 2 pilihan; tutup kedai atau mengambil pekerja dari negara lain.

"Majikan mengadu dengan gaji minimum bagi pekerja, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan faedah lain, tetapi penduduk tempatan cenderung lari selepas satu atau 2 bulan bekerja," katanya.

Beberapa pemuda ditemui selepas majlis itu memberikan reaksi kepada cabaran Zahid, dengan ramai mengatakan mereka tidak benar-benar ingin mengambil pekerjaan 3D itu.

Mohd Izzat Mohd Osman, 18, dari Gombak berkata beliau tidak mempunyai rancangan bekerja dalam bidang seperti itu sementara menunggu keputusan SPM dan mengatakan kini sibuk dengan latihan bola sepak.

"Belia hari ini mahu pekerjaan yang dibayar gaji dengan baik, mencuci longkang tidak begitu menarik,"

"Saya juga turut tidak akan melakukannya," katanya, sambil menambah tidak menjawab bersetuju semasa Zahid mengajukan semua soalan sebelum itu.

Lavanya Rengasamy, 21, yang kini bekerja sebagai pentadbir pemasaran berkata bersetuju jika pekerja asing dihantar pulang.

"Sebelum kerajaan kita memberi kerja kepada pekerja asing, hanya terdapat rakyat Malaysia melakukan pekerjaan itu, tetapi kemudian apabila pekerja-pekerja ini datang, kita diganti," katanya.

Golongan Belia Belasah Zahid Hamidi?

Apabila ditanya sama ada bersedia untuk mengambil pekerjaan 3D, dia menjawab, "Tidak"

Nur Syalwani Kasrun, 18, dari Klang bagaimanapun berkata beliau tidak mempunyai masalah bekerja di sektor 3D, sambil menambah cuba mencari pekerjaan di kilang-kilang tetapi ditolak kerana keutamaan majikan kepada pekerja asing.

"Jika kerja itu mempunyai faedah, saya tidak keberatan melakukannya," katanya.

Lepasan sekolah, Mohd Amiruddin Latifuddin berkata kerajaan perlu memberi keutamaan kepada rakyat tempatan sebelum menawarkan pekerjaan kepada pekerja-pekerja asing.

"Saya bersedia mencuci longkang jika perlu, jadi hantar mereka semua pulang," katanya.






2 comments:

  1. TPM bercerita tentang kerja 3D bagaimana pula sektor kilang yang dipenuhi oleh pekerja asing dimanakah letaknya kepala hotak dia tidak terpandangkah dia yang sektor itu dipenuhi oleh pekerja indon dan bangala

    ReplyDelete
  2. Belia belia negara ini harus berubah,kebanyakan mereka bukan hanya tidak mahu kerja yg kotor dan berat ,malah yg amat mendukacitakan sekali,belia2 sekarang banyak bersikap pemalas,kerja kurang,nak gaji lebih.Selalu ponteng kerja dan bermasalah.Sebenarnya Klu belia2 kita boleh berubah sikap kpd lebih baik lagi,saya amat percaya masalah kemasukan pekerja asing boleh dikurangkan.Saya diantara majikan yg mengajikan pekerja asing dan tempatan,ternyata banyak pekerja tempatan lebih banyak masalah dibandingkan dgn pekerja asing

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...