Friday, 26 February 2016

Gambar-Gambar Terbaru Nahas Pesawat CN235 TUDM Di Kuala Selangor

Gambar-Gambar Terbaru Nahas Pesawat CN235 TUDM Di Kuala Selangor. Sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terhempas di kawasan pantai berdekatan Asam Jawa, di sini, kira-kira jam 8.40 pagi tadi. 

Difahamkan, pesawat terbabit terhempas di kawasan hutan sekitar pantai itu. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritendan Ruslan Abdullah, mengesahkan perkara itu. 

Enam anggota TUDM dalam pesawat pengangkut CN235 yang terhempas di pesisir pantai Asam Jawa, berdekatan Stadium Melawati, di sini, kira-kira jam 8.40 pagi tadi, terselamat. 

Mereka diselamatkan oleh nelayan yang berada berhampiran lokasi nahas. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai sebuah pesawat berkenaan yang terbakar.

Gambar-Gambar Terbaru Nahas Pesawat CN235 TUDM Di Kuala Selangor

"Seramai enam orang berjaya diselamatkan dengan perahu nelayan yang berada di situ. "Anggota penyelamat yang bergegas ke sana nampak asap dari arah 200 meter dan mereka terpaksa memasuki kawasan dengan menggunakan bot," katanya.

Gambar-gambar ditempat kejadian..







Antara krew pesawat CN235 TUDM yang terselamat







3 comments:

  1. KAPAL TEGHEBANG ZAMAN TOK KADOK

    ReplyDelete
  2. INI WAYANG SENGAJA DIPERHEBUH KAN UNTUK TUTUP KES DANA NEGARA LEBUR,1MDB,TABUNG HAJI DAN MENYELAMAT KGARAAN PENGKHIANAT PENGKHIANAT NE

    ReplyDelete
  3. Inilah kelengkapan pejuang tanah air yang dibangga-banggakan oleh kerajaan UMNO/BN, belum berperang sudah tersungkur.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...