Thursday, 18 February 2016

DAP Dan PKR Berantakan Di Sarawak.. Ini Puncanya

DAP Dan PKR Berantakan Di Sarawak. Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen membidas sekutunya PKR berhubung isu rundingan kerusi pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi.

Chieng Jen dalam satu kenyataan berkata beliau menahan dirinya daripada membuat sebarang kenyataan kerana DAP Sarawak mahu membantu PKR memastikan pertandingan satu-lawan-satu, dan supaya rundingan antara dua parti itu tidak terjejas.

Beliau menjelaskan kepimpinan PKR negeri dan kebangsaan bagaimanapun mengambil kesempatan keatas dirinya, termasuklah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden Dr Xavier Jayakumar, dan Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin yang mengumumkan calon meskipun rundingan sedang berjalan.

Chieng Jen berkata daripada 22 kerusi yang Wan Azizah umum untuk calon PKR baru-baru ini, sekurang-kurangnya tujuh masih sedang dibincangkan.

“PKR tidak menunjukkan kejujuran di pihak mereka apabila pimpinan kebangsaannya mengumumkan calon-calon parti mereka untuk kerusi-kerusi yang sedang dipertikaikan ketika rundingan sedang berjalan.”

DAP Dan PKR Berantakan Di Sarawak

Katanya, DAP Sarawak tidak boleh berdiam diri dikala pengumuman kerusi itu diumum kepimpinan tertinggi PKR kerana ia mewakili pendirian seluruh parti itu, lantas mendorongnya mempersoalkan apakah rundingan antara kedua parti kini telah tamat.

Beliau akan bertemu kepimpinan kebangsaan PKR berhubung rundingan kerusi pilihan raya pada Februari 19 ini, katanya.

Mengakui terdapat sebahagian pimpinan DAP peringkat bahagian mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang keras berhubung rundingan itu, beliau berkata kepimpinan nasional PKR sewajarnya mengelak daripada mengulangi calon-calon mereka ketika berkunjung ke Sarawak.

“Ada banyak lagi isu yang boleh disebut semasa berkunjung ke Sarawak daripada mengumumkan calon PKR.”





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...