Friday, 5 February 2016

Bukti Sektor Petroleum Negara Tenat Tersebar?

Bukti Sektor Petroleum Negara Tenat Tersebar? Sebanyak 51% pekerja dalam sektor minyak dan gas di Malaysia lebih rela menerima pemotongan gaji daripada kehilangan pekerjaan mereka, kata kumpulan merekrut profesional global Hays.

Menurut kajian pada November tahun lepas meliputi 178 negara, kebanyakan majikan dalam industri minyak dan gas merancang memastikan jumlah kakitangan yang kecil dan dalam masa sama bergelut mengekalkan bilangan sedia ada.

Kajian yang meliputi 28,000 responden dan 4,000 majikan dalam industri, mendapati 32% responden berkata mereka diberhentikan dan 93% daripada majikan berkata mereka melakukan beberapa tahap pengurangan jumlah pekerja dalam tempoh 12 bulan lalu.

Bukti Sektor Petroleum Negara Tenat Tersebar?

Daripada tinjauan mereka yang kehilangan pekerjaan, 72% mempertimbangkan mencari pekerjaan di luar industri itu, langkah yang boleh menyebabkan kehilangan pakar dalam sektor ini dan berpotensi membawa kepada kekurangan cabaran kemahiran pada masa akan datang apabila pasaran meningkat semula.

Sumber










No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...