Wednesday, 24 February 2016

Buat Pertama Kalinya Najib Akan Ke Mahkamah?

Buat Pertama Kalinya Najib Akan Ke Mahkamah? Datuk Seri Najib Razak dijadualkan memberi keterangan bulan depan dalam kes saman fitnahnya terhadap organ PAS, Harakadaily walaupun Mahkamah Rayuan menasihatkan awal bulan ini supaya perkara itu diselesaikan di luar mahkamah, kata peguam Mohd Faiz Fadzil.

"Kami diberitahu perdana menteri dan 2 yang lain akan memberi keterangan untuk plaintif," kata Faiz yang mewakili Pengarah Urusan Harakadaily Rosli Yaakob.

Faiz berkata, defendan menamakan 8 orang saksi termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press Datuk A. Kadir Jasin.

Buat Pertama Kalinya Najib Akan Ke Mahkamah?

"Kami akan memohon untuk sepina Dr Mahathir, Kadir dan pengarang artikel daripada portal berita lain untuk mengukuhkan hujah pembelaan kami," katanya kepada The Malaysian Insider selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Hue Siew Kheng.

Tarikh perbicaraan ditetapkan selama 5 hari bermula 16 Mac.









1 comment:

  1. Ini hanya kes kecil dalam negeri. PM patut saman fitnah WSJ yang 'didakwa' memfitnah kerana isu 2.6b dan dana dari 1MDB. Kenapa masih lg tidak saman WSJ?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...