Thursday, 18 February 2016

Berita Memalukan Dari Selatan Tanah Air..

Berita Memalukan Dari Selatan Tanah Air. Selepas membaca berita mengenai penafian Tan Sri Muhyiddin Yassin direkrut Lim Kit Siang untuk menyelamatkan Malaysia, ketua Parlimen DAP itu hari ini menasihati "graduan Universiti Umno" supaya menghadiri kelas bahasa Inggeris.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Lim menjelaskan ucapan beliau di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Pakatan Harapan Johor di Muar Ahad lalu.

"Saya tidak pernah kata bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan rekrut terbaru saya dalam ucapan di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Pakatan Harapan Johor Ahad lalu.

"Hanya yang bodoh dan mereka mempunyai kemahiran bahasa Inggeris dan pemahaman asas yang teruk akan berkata ucapan saya di Muar pada Ahad untuk mencetuskan serangan terhadap Muhyiddin dengan mengatakan saya mendakwa beliau 'rekrut terbaru' saya dalam kempen Selamatkan Malaysia," katanya.

Lim dilaporkan memuji Muhyiddin kerana menuntut kebenaran tentang isu negara dan berjanji Pakatan Harapan di Johor akan bekerjasama dengannya.

Berita Memalukan Dari Selatan Tanah Air

Katanya, gabungan pembangkang itu sedia bekerjasama dengan Muhyiddin dan pemimpin Umno, MCA dan Barisan Nasional (BN) lain di semua peringkat di negeri itu jika mereka bersedia bersuara memperjuangkan hak rakyat dan masa depan negara.

Semalam Muhyiddin menafikan beliau merupakan rekrut terbaru Lim.

"Graduan ‘Universiti Umno’, sama ada menteri, ketua-ketua biro atau cybertrooper, perlu mengikuti pembelajaran Bahasa Inggeris dan meningkatkan kemahiran tahap kefahaman mereka supaya tidak terus membuat kesalahan bodoh seperti ketua penerangan Umno yang mendakwa derma RM2.6 bilion didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan 'satu jumlah tidak besar' bagi menghadapi satu pilihan raya umum dan terpaksa melarikan diri daripada media ketika diminta mengulas mengenai perkara itu."

Pada masa sama, Lim berkata, kempen "Selamatkan Malaysia" bukan miliknya tetapi perlu dijadikan tanggungjawab dan cabaran untuk setiap rakyat Malaysia, termasuk pemimpin, 3 juta ahli dan 21,000 cawangan Umno.





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...