Monday, 1 February 2016

Berita Gempar Dari Istana Kedah

Berita Gempar Dari Istana Kedah. Tindakan 14 ketua bahagian Umno Kedah yang tidak bertanggungjawab mencetuskan kemelut politik di negeri itu mengundang kemurkaan Sultan yang sedang dalam persiapan menyambut Hari Keputeraan baginda, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang berdepan krisis, hari ini.

Beliau menyelar tindakan beberapa ketua bahagian yang mengadakan sidang media pada 20 Januari lalu, menyifatkannya 1 penghinaan kepada Sultan Kedah pada ketika persiapan sambutan itu sedang berjalan.

"Tindakan 12 ketua bahagian dan 2 timbalan ketua bahagian mengheret sama ketua sayap dan pemimpin muda Umno mengadakan sidang media di Alor Star pada 20 Januari lepas adalah tidak bertanggungjawab.

"Perbuatan kumpulan ini mencemar pelbagai acara sambutan ulangtahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah," kata Mukhriz dalam 1 kenyataan hari ini.

Beliau juga menyifatkan tindakan 6 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang tidak hadir ke mesyuarat mingguan Rabu lepas, kerana menyokong kumpulan ketua bahagian tersebut, sebagai ingkar dalam taat setia mereka kepada Sultan Kedah.

Berita Gempar Dari Istana Kedah

"Ini jelas sekali menyalahi peraturan lantikan mereka sebagai penjawat awam dan ingkar dengan sumpah jawatan yang diangkat di hadapan raja pemerintah, seperti termaktub dalam undang-undang tubuh kerajaan Kedah," katanya.

Menurut Mukhriz, tindakan ketua bahagian dan exco tersebut mengundang kemurkaan Sultan Kedah.

"Saya dimaklumkan Sultan Kedah turut murka dengan keingkaran exco Kedah berkenaan," katanya.

Mukhriz juga memohon sembah ampun kepada Sultan Kedah di atas semua kemelut yang berlaku dan mendesak supaya beberapa ketua bahagian terlibat dan 6 exco tersebut meminta maaf kepada sultan.

"Saya mendesak agar semua 14 ketua bahagian yang terlibat secara langsung mahu pun tidak dengan sidang media pada 20 Januari lalu dan enam exco yang tidak hadir ke mesyuarat pada 27 Januari segera memohon maaf kepada Sultan Kedah dan pemangku Jemaah Sultan Kedah," katanya.

Mukhriz, menteri besar penggal pertama, ketika ini berdepan tentangan daripada pemimpin Umno Kedah yang mendesak beliau berundur memandangkan sokongan dan keyakinan terhadap beliau dikatakan kini berkurangan. 





1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...