Tuesday, 1 March 2016

Akhirnya Gani Patail Bersuara?.. Najib Kantoi?..

Akhirnya Gani Patail Bersuara?.. Najib Kantoi?.. Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan hari ini bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail memberitahu derma RM2.6 bilion di dalam akaun Datuk Seri Najib Razak merupakan 1 perbuatan jenayah.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, lebih menghairankan, walaupun yang didakwa melakukan kesalahan ialah Najib, Umno menggantung keahliannya.

"Mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya diberitahu mengenainya oleh mantan peguam negara sendiri beserta dengan buktinya sekali yang sah merupakan suatu perbuatan jenayah! Saya beristighfar!

 "Yang menjadi punca segala masalah Umno hari ini bukan saya, tetapi Najib.

"Peliknya, yang digantung adalah saya, manakala Najib terus bersenang-lenang menikmati kuasa jawatan dan wang yang ada padanya," kata Muhyiddin dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Akhirnya Gani Patail Bersuara?.. Najib Kantoi?..

Muhyiddin turut mempersoalkan adakah membantu presiden itu bermaksud mempertahankan kesalahannya.

"Saya tidak fikir begitu. Jika Datuk Seri Najib melakukan kesalahan, maka wajib bagi saya dan yang lain-lain di dalam Umno menegurnya dan meminta dia memperbetulkan kesilapannya demi kebaikan parti.

"Jika dia berterusan melakukan kesilapan, dan semua orang di dalam Umno bersekongkol mempertahankan kesilapannya, maka kesan buruk akan terpalit kepada Umno," katanya.

Sebelum penggantungannya semalam, beberapa pemimpin Umno mendesaknya agar setia membantu kepimpinan presiden parti.




Addin:

Ini bukan fitnah tetapi ini sepertimana di dakwa oleh Muhyiddin dan dipercayai Gani  Patail ditukarkan pun atas sebab ini. Untuk mengukuhkan dakwaan ini, Muhyiddin perlu buat akuan bersumpah dan sertakan bukti-bukti.



13 comments:

  1. Mungkin kita muhyiddin terlepas pandang apa tidakan selanjutnya. Saya cadangkan Muhyiddin buat akuan bersumpah tentang taklimat awal yang dia terima dari sprm, bank negara, AG.. buat lh seperti IP Bala buat dulu dlm kes Altantuya.. Hrp admin tlong sampaikan..

    ReplyDelete
  2. Di bahagian mana dalam artikel ini yang menunjukkan Gani Patail bagi kenyataan? Kenapa tajuk artikel kata 'Gani Patail Bersuara?' Penulisan macam ni la yang sering orang panggil menipu dan memfitnah. Spesis penulis sebegini wujud sama ada di sebelah pembangkang mahupun pro-kerajaan.

    ReplyDelete
  3. Selepas buat akuan bersumpah nanti TSMY akan diseludup keluar negara pula selepas beberapa tahun balik kena sakit jantung pula lepas tu kojol dan kes tutup.Dan PN akan buat keputusan tutup tiada kes untuk didakwa.

    ReplyDelete
  4. Harap mendapat butiran lengkap, kronolagy nya, supaya mereka yang terlibat dan bersekongkol dibawah kemuka pengadilan, wang deng apa cara sakali pun, dan mereka terlibat serta yang menyokong mereka tampa memikirkan kesan burok yang akan menimpa negara, hanya untuk kesenangan peribadi mereka sahaja tidak bolih berdolak dalik lagi!. Penjenayah misti dihukum!, Tetapi sekarang MEREKA YANG NAK TEGAK KAN KEADILAN YANG MENDAPAT HUKUMAN! APA DAH JADI NE? SUDAH TERBALIK PULA, PENJENAYA BERGEMBIR DENGA HASIL YANG DIPEROLIHI!, PENEGAK KEADILAN MENERIMA PADAH PULA?. BERDOA' AH SEMOGA ALLAH MENUNJUK KAN JALAN KELUAR DARI MUSIBAH INI!, AMEEN, AMEEN YA RABBAL ALAMIN!.

    ReplyDelete
  5. Ini cuma dakwaan TSMY n Ghani... kalau betul ada bukti yg sahih, kenapa x dedah? Mustahil bukti dh hilang... tak perlu cerita bab akta kerahsiaan, sbb apa yg dah didedahkn pun dah melangkaui akta kerahsiaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib punya pasal bangunan bukit aman pun boleh terbakar..

      Delete
    2. Buktinya bukit aman terbakar selepas itu.

      Delete
  6. As a muslim and a conscious minded man,I doubt this government since I was nine.Whenever there was a culprit and his conspirators committed this wrong doings,there was somebody from the Law Enforcer which foiled the case and those criminals escape untouch....It seems that from years to years as this 'CLEAN GOVERNMENT'ruled this nation,there was actually no one who would courageously fight this extorsion,bribery,corruption and all the dirty works of ruthless politicians whose personal lust leads their filthy ambitions rather than the oath they confessed as a member of Parliment and serve the people with integrity.If the citizens of this beloved nation believe that those political scumbags and goons should be punish of their mischieves draining the country's wealth and the sweat and blood and tears of the people,then PRU14 should be the final automatum to say NO MORE to this political unjust.

    ReplyDelete
  7. Tiada siapa lagi mahu undi Umno. BN pun akan lingkup. Kerana seorang rosak parti. Sedarlah wahai rakyat.... sayangkanlah tanahair ..... bukan jadi kaki bodek penyamun.....

    ReplyDelete
  8. Siapa kata tak ada org nk undi bn... tu yg 1.5j tu apadia....bukan pengundi baru ka???

    ReplyDelete
  9. senangnya utk ke neraka sukarnya mnjenguk syurga walau ia benar kerna nabi Adam pernah hadir kt sana .....

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...