Saturday, 6 February 2016

Apa!! Ahmad Bashah Buat Pusingan U?

Apa!! Ahmad Bashah Buat Pusingan U? Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah menegaskan beliau tetap akan melaksanakan arahan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dalam hal membabitkan UMNO negeri itu.Ahmad Bashah berkata, Mukhriz masih lagi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dengan beliau sendiri sebagai timbalan.

“Beliau masih Pengerusi, dan saya masih perlu bertindak sebagai Timbalan Pengerusi.. Saya tetap terima arahan kalau diarahkan jika bertepatan dengan dasar parti di peringkat pusat,” katanya, lapor Bernama.

Ahmad Bashah juga menambah, tindakankannya mengetuai “pemberontakan” terhadap Mukhriz menyebabkan perpecahan dalam kalangan penyokong-penyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN), tetapi yakin masalah itu akan selesai menjelang pilihan raya umum kira-kira dua tahun lagi.

Apa!! Ahmad Bashah Buat Pusingan U?

“Saya yakin masalah perpaduan ini akan selesai..tetapi bukanlah dalam masa terdekat ini. Ambil masa juga. Ini (krisis) berlaku kerana ada insiden tidak melihat kepentingan parti. Kita pernah lalui keadaan kita hilang kuasa selama lima tahun (2008-2013). 

Itu yang kita nak pertahankan (menguasai kerajaan negeri),” katanya.Ahmad Bashah juga menekankan bahawa tindakan beliau bukan kerana arahan daripada pihak-pihak tertentu.





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...