Thursday, 14 January 2016

Umno Tak Jangka Pakatan Harapan Berfikir Sejauh ini?

Pakatan Harapan berikrar berterus-terang mengetengahkan isu berkaitan kedudukan orang Melayu dan agama Islam menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, 2 isu tersebut dekat dengan jiwa sebahagian besar Melayu yang undinya tidak berjaya diperoleh pembangkang semasa PRU13. Katanya, mereka ini adalah golongan yang tidak lagi menaruh kepercayaan terhadap Umno tetapi pada masa sama khuatir kedudukan Islam dan Melayu akan terjejas jika mengundi pembangkang.

"Sekarang kita perlu mendepani isu sebenar jiwa (psyche), iaitu kita perlu jelaskan kerisauan Melayu tadi –sama ada ia isu propaganda mainan dalam kepala – kita kena yakinkan kalau Pakatan Harapan menang, kedudukan dan kebajikan Melayu yang majoriti secara keseluruhannya itu (akan menjadi) lebih baik.

"Sebelum ini kita tidak begitu berterus-terang apabila kita menjawab isu-isu Melayu. Kita begitu berhati-hati bercakap soal pentadbiran dan ekonomi dan kita tak sentuh terus-terang isu Melayu.

"Kita tak boleh begitu lagi. Mereka mahu jawapan terus-terang dan kita perlu bagi jawapan terus-terang pun," katanya pada forum "Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu Pada PRU14" anjuran Mahasiswa PKR di Petaling Jaya, Selangor malam tadi.

Rafizi yang juga naib presiden PKR mengaku isu berkaitan Melayu Islam kurang diberikan tumpuan utama semasa PRU13 kerana Pakatan Rakyat (PR) pada masa itu menumpukan isu pendapatan serta sara hidup.

Namun katanya, strategi pada ketika itu menjadi kerana mereka berjaya menawan undi disasarkan.

"Saya ada pengalaman kerana dalam pilihan raya lepas saya adalah salah seorang daripada yang mendrafkan manifesto PR.

"Pendekatannya, kita memfokuskan isu 'bread and butter' (pendapatan), kerana jangkaan kita pada masa itu adalah dengan isu bread and butter, anda akan dapat undi kritikal mencukupi daripada Melayu yang cakna dengan isu pendapatan.

"Hasilnya mereka setuju dengan kita. Sebab itu kita menang di bandar-bandar dan juga Melayu profesional yang muda kerana bread and butter cukup penting dan apabila kita jelaskan (articulate) dan ofensif dengan Barisan Nasional dalam isu itu, kita menang undi.

"Tetapi kita tak menang cukup undi untuk menang Putrajaya," katanya.

Katanya, isu itu akan dijelaskan Pakatan Harapan secara bersama tanpa mengagih-agihkannya kepada parti-parti komponennya seperti dilakukan Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming mengakui DAP juga menghadapi sedikit tentangan dari luar parti dengan usahanya menambah keahlian bukan Cina sekali gus mengikis persepsi cauvinis itu.

Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming mengakui DAP juga menghadapi sedikit tentangan dari luar parti dengan usahanya menambah keahlian bukan Cina sekali gus mengikis persepsi cauvinis itu.

"Sebab itu cara kita mengetengahkan isu dan tawaran ini secara bersatu dan bersama melalui Pakatan Harapan adalah sangat penting.

"Kita tak boleh menggunakan kaedah sama seperti Umno-BN untuk menumpaskan permainan perkauman Umno BN. Kita tak boleh serahkan Melayu Islam kepada Amanah (Parti Amanah Negara), Cina kepada DAP, PKR, kamu carilah bandar-bandar – dia tak boleh begitu," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming dari DAP mengaku partinya berdepan dilema dalam meningkatkan keahlian Melayu dan Bumiputera Sabah serta Sarawak.

"Kita ada 2 dilema. Ada ramai pemimpin DAP yang mahu DAP menambah keahlian daripada Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Saya rasa ini satu niat dan strategi yang baik untuk mengurangkan imej cauvinis DAP.

"Tetapi pada masa sama apabila niat sebegini dibentangkan dalam lingkungan parti, bukan sahaja pemimpin tetapi ada juga ahli DAP yang tidak senang dengan cadangan DAP hendak mencapai 50% daripada ahlinya Melayu dan Bumiputera," katanya.


"Seperti baru-baru ini ada seseorang daripada Amanah Johor membuat cadangan agar DAP tidak meletakkan calon Melayu untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Johor.

"Ini satu dilema luaran dan ia satu cabaran yang mesti ditangani jika DAP dan Pakatan Harapan mahu memenangi lebih undi Melayu pada PRU14," katanya.

Seorang lagi ahli panel, Datuk Saifudin Abdullah pula menggagaskan agar Pakatan Harapan sentiasa mengingatkan orang ramai akan rekod baik mereka – strategi sama yang digunakan Umno untuk kekal berkuasa.

"Kalau kerajaan persekutuan belanjawannya asyik defisit, kenapa misalnya 7 tahun Pakatan mentadbir Pulau Pinang, 7 tahun berturut-turut jugalah belanjawannya surplus berbanding sebelumnya kerajaan BN kebanyakan masa defisit (belanjawannya)," kata Saifuddin.

Turut menjadi ahli panel dalam forum selama 2 jam 30 minit itu malam tadi ialah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang kini merupakan ahli jawatankuasa pusat Amanah.




4 comments:

  1. Janji palsu memang mudah untuk di ucapkan berbanding untuk dikotakan... Rakyat semua dah faham... sebab dah 13 kali pilihanraya ... dah masak bab janji -janji manifesto parti politik.... indah khabar dari rupa... bila lepas pilihanraya habuk pun tarak... semakin kuat menindas dan menipu...

    ReplyDelete
  2. Kaki Penipu dan pembelit adalah juara dalam segala hal yang berkaitan dengan mempengaruhi dan mengambil kesempatan ke atas orang lain

    ReplyDelete
  3. Betul ke bajet PP surplus memanjang........?

    ReplyDelete
  4. Selepas mendengar pendedahan Razali (pembantu lge,joseph) utk tempoh 2 tahun shj anwar jd pm..kemudian bermula episod malang buat.ml.cukupla singapura menjadi teladan kpd melayu.
    Umno gagal jg melayu dan islam menjadikan dap berlagak sombong.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...