Tuesday, 19 January 2016

Ulasan Ini Tamparan Hebat Buat Nasruddin Tantawi

Seperti ada rasa bangga pada diri Ketua Penerangan Pas, Nasharuddin Tantawi apabila beliau memutuskan tidak meminta maaf kepada Lim Guan Eng dalam penyelesaian luar mahkamah kes saman fitnah yang dikemukakan oleh  Ketua Menteri Pulau Pinang itu terhadapnya.

Lebih-lebih lagi, beliau juga menyatakan keputusan tidak meminta maaf itu diputuskan setelah mengadakan sembahyang sunat dua rakaat untuk memohon petunjuk daripada Tuhan.

Dalam penyelesaian tidak meneruskan kes itu, Nasharuddin Tantawi setuju menarik balik sebahagian kandungan artikel berkaitan terowong dasar laut di Pulau Pinang yang didakwanya diberikan secara rundingan terus  serta membayar kos mahkamah sebanyak RM10 ribu kepada Ketua Menteri itu.

Dalam kenyataan yang dibacanya di mahkamah sebagaimana dilaporkan oleh portal berita Malaysiakini, Nasharuddin Tantawi menyebut, "saya telah membuat keputusan untuk menarik balik sebahagian artikel yang menyinggung Lim kerana ianya tidak mempunyai asas."

Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz dalam reaksi spontannya berhubung penyelesaian luar mahkamah itu mengucapkan tahniah kepada Nasharuddin kerana tidak memanjangkan kes dan juga sebab tidak meminta maaf kepada Lim Guan Eng.

Kenapa Nasharuddin Tantawi berbangga tidak meminta maaf dan Nik Abduh pula memberi pujian mengenainya? Bukankah meminta maaf suatu sifat terpuji dalam Islam?

Kalau bangga kerana tidak meminta maaf, tidakkah Nasharuddin rasa terhina apabila terpaksa menarik balik tuduhan khusus yang didapati tiada asas terhadap Lim Guan Eng dan kemudian terpaksa pula membayar pampasan sebanyak RM10 ribu?

Kenapa hanya bangga tidak meminta maaf, tetapi tidak rasa apa-apa apabila terpaksa akur untuk menarik balik sebahagian tuduhan dan membayar sejumlah pampasan?

Bukankah menarik balik beserta membayar sejumlah wang lebih memalukan daripada meminta maaf?

Lagi pula, apa perlunya lagi meminta maaf jika dakwaan sudah ditarik balik dan kena membayar dengan wang ringgit? Jadi, kenapa semacam terus berbangga tidak meminta maaf?

Dengan berbangga tidak meminta maaf juga, Nasharuddin Tantawi tanpa sedar telah memberi gambaran yang salah mengenai agama Islam dan konsep ketuhanan apabila seolah-olah memperlihatkan keputusan itu diperolehi setelah diberi petunjuk Tuhan melalui sembahyang sunat dua rakaat.

Benarkah Tuhan memberi petunjuk kepadanya agar jangan meminta maaf?


Jika benar petunjuk diperolehi agar tidak meminta maaf, bermakna Tuhanlah yang memberi petunjuk kepadanya agar menarik balik sebahagian dakwaan dan setuju membayar pampasan kepada Lim Guan Eng?

Kalau begitu, kenapa Tuhan hanya memintanya menarik balik sebahagian dakwaan dan membayar pampasan, tetapi tidak menyuruhnya meminta maaf? Adakah Tuhan tidak suka umatnya meminta maaf dan menjadi pemaaf?

Kenapa pula Tuhan tidak memintanya  melawan habis-habisan di mahkamah?

Sebenarnya,  jika Nasharuddin Tantawi cuba menggambarkan keputusan tidak meminta maaf itu diperolehi selepas mendapat petunjuk Tuhan, beliau tentu sukar mengelak rentetan soalan lain mengenai persoalan yang sama. Orang akan menyoal kenapa Tuhan begitu, tidak begini dan sebagainya.

Mungkin ada yang turut menyoal, kenapa sebelum membuat dakwaan terhadap Lim Guan Eng, beliau tidak mengerjakan solat sunat dan memohon petunjuk Tuhan terlebih dahulu sama ada apa yang mahu didakwanya itu betul atau tidak?

Jika benar petunjuk Tuhan mudah diperolehi, bukankah lebih baik diminta di peringkat awal lagi, lalu tidaklah membuang masa, tenaga dan wang sehingga perlu pergi ke mahkamah?

Gambaran Islam apa yang cuba diperlihatkan dengan sikap sebegitu?

Kenapa suka sangat melibatkan Tuhan sedangkan dalam perkara-perkara sebegini, yang perlu sebenarnya ialah bukti dan sama ada dakwaan yang kita tujukan kepada orang lain berdasarkan fakta atau sebaliknya?

Lebih-lebih lagi, kes Lim Guan Eng dengan Nasharuddin Tantawi ini bukanlah  pertarungan antara Islam dengan bukan Islam, ia hanya isu berkaitan watak dan kelakuan manusia yang boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira bangsa dan agama.

Jadi, berpada-padalah dalam "menjual" nama Tuhan kerana takut akhirnya gambaran Islam yang terpamer lebih buruk sudahnya.





6 comments:

  1. dia kan mp temerloh.uztaz parti islam terbaik di malaysia..mana boleh minta maaf..jatuh martabat..biar pun dia buat fitnah.kena saman..siap solat sunat lg.
    buat fitnah tak pe.sebab yg di fitnah tu bukan islam.buat fitnah sesama islam pun takpe juga.sebab dia kan uztaz.member parliment lg..parti dia ajar mcm tu

    ReplyDelete
  2. kenapa Bani Melayu tak terasa malu bila mereka ditipu bulat-bulat oleh penjual agama.
    Jubah, serban, solat hajat digunakan sepenuhnya untuk menipu Bani Melayu.

    ReplyDelete
  3. tak mohon maaf tapi kena bayar 10k......apecerita atau memang ajaran PAS yang gemar berdusta....!

    ReplyDelete
  4. APA SEBENARNYA BERLAKU?

    1) Tantawi menulis sebuah artikel MEMPERTAHANKAN kerajaan Pkr selangor dari dihentam oleh LGE berhubung KIDEX.

    2) dalam artikel tu, tantawi simply kata "LGE jangan jd ketam yg nak ajar anak jalan lurus" dengan mengemukakan 5 keraguan :

    a) projek terowong bawah tanah penang dianugerahkan tanpa open tender
    b) projek terowong berkenaan tidak mengambilkira pandangan org awam secara menyeluruh
    c) projek terowong berkenaan - pada kos RM4.63 billion utk sepanjang 6.5km - terlalu mahal berbanding sepatutnya (overpriced)
    d) kerajaan penang beroperasi di atas bajet defisit
    e) LGE ialah seorg hipokrit utk mengkritik KIDEX yg mengenakan tol sedangkan dia sendiri benarkan kutipan tol utk terowong penang selama 30 tahun.

    (dalam artikel berkenaan, tantawi juga jelaskan KIDEX adalah projek kerajaan persekutuan manakala projek terowong adalah usaha kerajaan penang).

    3) LGE bertindak menyaman tantawi berhubung artikel tersebut.

    APA YANG TERJADI?

    1) team LGE dari awal cuba meminta kes diselesaikan di luar mahkamah, pada mulanya dgn syarat tantawi minta maaf dan menanggung kos guaman.

    2) tantawi menolak tawaran tersebut.

    3) team LGE berusaha lagi utk mencapai persetujuan tanpa bicara, kali ini mereka menekankan tentang penggunaan terminologi yang salah berkenaan bab "tiada open tender" tersebut kepada istilah sebenar iaitu "RFP (request for proposal, permintaan utk cadangan). RFP ni open tender pun bukan, direct nego pun bukan. dalam ertikata lain, tantawi x salah dan x juga betul berkenaan point "tiada open tender" tersebut.

    4) maka selepas perbincangan sulit antara hakim dan kedua2 pihak (tanpa lawyer), satu persetujuan dicapai :

    a) pihak plaintif (LGE) MENARIK BALIK kes.
    b) pihak defendan MEMBAYAR KOS MAHKAMAH sebanyak RM10K, iaitu satu amalan mahkamah yg biasa bila plaintif menarik balik kes atas persetujuan bersama, defendan kena bayar kos mahkamah.
    c) pihak defendan TIDAK PERLU MEMOHON MAAF kepada plaintif, kerana HANYA SATU BAHAGIAN ARTIKEL (iaitu berkenaan bab tender) yang ditarik balik atas alasan terminologi, dan bukan keseluruhan artikel yg ditarik balik.

    POINT MENARIK :

    1) pihak plaintif bersungguh2 nak setel luar court.

    2) tantawi kemukakan 5 point besar, tapi hanya satu point yg disentuh oleh LGE dan itupun atas alasan terminologi. baki 4 point LANGSUNG TIDAK DISENTUH oleh LGE.

    3) jadi jika LGE tidak teruskan saman tantawi atas kesemua point lain tersebut, maka adakah point2 tantawi tersebut benar? maka benarlah kos tunnel tu overpriced, tunnel tersebut tiada public consultation, kerajaan penang beroperasi atas bajet defisit serta benarlag LGE ni hipokrit, begitu?

    kalau ikutkan pemikiran kanak2 di luar sana, depa dah dok canang tantawi bersalah berdasarkan satu hujah - tantawi kena bayar RM10K kos mahkamah sedangkan mmg amalan mahkamah jika kedua2 pihak berunding dan plaintif tarik balik kes, pihak defendan akan tanggung kos mahkamah (melainkan jika pihak plaintif setuju defer kos tersebut, seperti kes TSKI melawan saifudin).

    wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  5. YB mcm ni pun boleh jadi ahli Parlimen PAS???kesian nya,,,memalukan PAS dan ISLAM sahaja....

    ReplyDelete
  6. inilah yg mencetuskan kerosakan kepada agama .......banyak kerosakan agama kerana celupar orang yg konon tahu agama....

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...