Wednesday, 13 January 2016

Tragedi Pengeboman Di Istanbul, Penjenayah Dikenalpasti

Tragedi Pengeboman Di Istanbul, Penjenayah Dikenalpasti. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau dukacita dengan insiden pengeboman di Istanbul, Turki yang mengorbankan banyak nyawa.

"Sedih mendengar tentang pembunuhan di Istanbul yang dilakukan pengebom nekad Daesh," kata beliau menerusi akaun Twitter dan Facebook.

Menurut laporan, letupan pada Selasa lepas di Sultanahmet Square, yang terletak berhampiran beberapa lokasi tarikan utama pelancong, mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang dan mencederakan 15 yang lain.

Najib berkata insiden itu menunjukkan peperangan menentang ekstremisme perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Tragedi Pengeboman Di Istanbul, Penjenayah Dikenalpasti

"Satu lagi peringatan tentang pentingnya untuk memerangi ekstremisme di mana jua ia mungkin berada," katanya, mengulas tentang letupan itu.

Laporan dari Turki menyebut serangan itu dilakukan seorang warga asing yang merupakan anggota kumpulan militan Daesh yang bertapak kukuh di Syria dan Iraq.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...