Thursday, 28 January 2016

Tanpa Disedari.. Indonesia Mengaibkan Kita

Tanpa Disedari.. Indonesia Mengaibkan Kita. Walaupun dikenali dengan negara yang penuh dengan rasuah sebelum ini, Indonesia bersedia memotong Malaysia untuk menjadi negara yang lebih baik dalam persepsi global mengenainya, kata Transparency International Malaysia (TI-M).

Walaupun kedudukan rankingnya jauh lebih rendah di belakang Malaysia iaitu 88 berbanding Malaysia 54, Indonesia membuat pencapaian yang hebat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kata presiden TI-M, Datuk Akhbar Satar.

Sedangkan Malaysia kekal di anak tangga 49 hingga 55 sejak 2012 dan 2013. Dalam pelancaran keputusan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) semalam, Akhbar mendedahkan Indonesia melonjak 19 anak tangga berbanding tahun lepas dengan menduduki tangga ke 88 daripada 168 negara yang diuji.

Sedangkan Malaysia jatuh 4 anak tangga pada 2015 berbanding pencapaiannya pada 2014.

Akhbar berkata, antara punca pencapaian Indonesia adalah kerana kekuatan dan kebebasan badan pencegah rasuah dan sokongan rakyatnya.

"Kita perlu menurut jejak langkah Indonesia dan menjadikan mereka sebagai contoh," kata Akhbar.

"Berbanding Malaysia, rakyat Indonesia lebih bersemangat melawan rasuah. Mereka lebih bersedia ke depan bagi memberikan maklumat dan menjadi saksi dalam perbicaraan kes rasuah.

"Rakyat Malaysia takut kerana kita tidak mahu susah. Kita lebih sayangkan diri kita daripada negara," kata Akhbar.

Agensi pencegahan rasuah Indonesia, Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) menerima anugerah Magsaysay, hadiah Nobel Prize ala Asean pada 2013 dan ini adalah satu pengiktirafan kepada kesungguhan negara itu membanteras rasuah, kata Akhbar.

Timbalan presiden TI-M, Dr Loi Kheng Min berkata walaupun ranking Indonesia sekarang ini jauh di belakang Malaysia, fokus perlu diberikan kepada kadar pencapaiannya.

Tanpa Disedari.. Indonesia Mengaibkan Kita

Pada 1995 apabila CPI diperkenalkan, Indonesia diletakkan di tangga paling corot di kalangan 41 negara yang dinilai.

Ranking Indonesia bagi 2015 adalah di tangga 88 daripada 168 negara yang dinilai iaitu pencapaian terbaik yang pernah diperoleh.

Loi berkata, kebebasan badan pencegahan rasuah Indonesia, KPK perlu dijadikan tauladan dalam usaha membuat pembaharuan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Pada masa lalu apabila KPK tidak menerima dana mencukupi daripada bajet kerajaan, rakyatnya mengumpulkan derma dan membuka pejabat untuk KPK. Sekarang KPK dibantu kewangannya orang ramai dan tidak terlalu bergantung kepada bajet kerajaan," kata Loi.

Loi menambah, berbeza dengan SPRM, KPK hanya mengambil kes berprofil tinggi dan mempunyai kuasa pendakwaan sendiri.

Ini membolehkan mereka mencapai kadar kejayaan 100% dalam pendakwaan berbanding SPRM hanya 85%.





2 comments:

  1. Nak siasat apa semua dah masuk umnu.

    ReplyDelete
  2. Di msia Yang mereport kena masuk dalam dulu...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...