Wednesday, 27 January 2016

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga.. Beginilah Nasib Rakyat?

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga.. Beginilah Nasib Rakyat? Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa pendedahan kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji yang mengalami paras rizab negatif dibuat luar konteks dan mengecam pihak yang membuat fitnah kepada institusi tersebut.

Beliau yang memegang portfolio berkaitan hal ehwal agama Islam tidak menafikan pendedahan itu tetapi berkata ia tidak wajar dijadikan ukuran keseluruhan keadaan kewangan Tabung Haji.

"Nasihat saya kepada 'pakar-pakar kewangan segera' Facebook dan media-media sosial lain, eloklah ambil kira beberapa point dan garis panduan berikut sebelum buat ulasan mahupun komentar berbaur fitnah berasaskan surat Bank Negara Malaysia yang difahami di luar konteks dan sewenangnya disebarkan," katanya dalam tulisan di akaun Facebook hari ini.

Asyraf berkata pihak yang membuat tuduhan liar ke atas institusi yang menguruskan urusan haji rakyat Malaysia itu perlu terlebih dahulu mengkaji penyata imbangan dan tidak hanya melihat kepada liabiliti dan rizab Tabung Haji.

"Kena membaca dokumen kewangan atau Balance Sheet dan Profit/loss Statement Tabung Haji secara keseluruhannya bukan bergantung kepada satu bahagian sahaja seperti bahagian liabiliti dan rizab.

"Mesti memahami peraturan-peraturan perakaunan antarabangsa yang baharu sebagaimana dikehendaki dalam International Financial Reporting Standard (IFRS) terutamanya aspek penilaian rizab, aset dan liabiliti yang digunakan," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kesahihan pendedahan itu namun mempersoalkan sama ada Tabung Haji ketika ini sebenarnya berdepan situasi rugi.


"Namun keprihatinan Bank Negara ada asasnya jika Tabung Haji rugi hingga terpaksa guna wang negara untuk tanggung kerugian Tabung Haji jika ia berlaku, waiyyazubillah. Bagaimanapun, persoalannya apakah benar Tabung Haji rugi?" katanya.

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga.. Beginilah Nasib Rakyat?

Surat daripada Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bertarikh 23 Disember yang dihantar kepada lembaga itu memberitahu Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim nilai aset hanya mencukupi untuk membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap seringgit nilai liabiliti.

Seksyen 22 Akta Tabung Haji menyatakan Lembaga Tabung Haji tidak boleh mengisytiharkan pengagihan dividen dan bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset kurang daripada nilai semua obligasinya.

Dalam satu surat berasingan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada tarikh sama yang turut dilihat The Malaysian Insider, Zeti memberi amaran keadaan kewangan Tabung Haji boleh memberi kesan kewangan kepada kerajaan.




1 comment:

  1. Dia governor,semua institusi kewangan dibawah pemantaunnya.Asyraf ! lu sapa - baru mai saja.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...