Wednesday, 20 January 2016

Sikap Sebenar Nasruddin Tantawi Terserlah.. Saksikanlah

Sikap Sebenar Nasruddin Tantawi Terserlah.. Saksikanlah. Sehari selepas kes saman fitnah mereka selesai di luar mahkamah, Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan kembali mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk menyamannya bagi membuktikannya bersalah dalam kenyataan sebelum ini.

Menerusi kenyataan bertajuk "Mereka saman saya, mereka mohon selesai" hari ini, Nasrudin mendakwa beliau tidak pernah bersalah dalam kes semalam, malah tidak pernah memohon maaf berhubung kenyataan bertajuk "Apa beza Kidex dan Penang Tunnel?" pada 6 Ogos 2014 yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang tidak mengamalkan tender terbuka.

Sebaliknya menurut Nasrudin, beliau hanya bersetuju membayar RM10,000 kepada peguam Lim selepas berulang kali dipujuk untuk tidak mempertahankan diri di mahkamah.

"Mereka saman saya, mereka yang mohon kes diselesaikan di luar mahkamah. Apabila dah selesai, spin (putar) pula seolah-olah saya bersalah.

"Kalau skripnya mahu mengatakan saya bersalah, selayaknya usah diusahakan sebarang rundingan di luar mahkamah. Teruskan perbicaraan sehingga akhir," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Sikap Sebenar Nasruddin Tantawi Terserlah.. Saksikanlah

Hari ini juga, pegawai undang-undang kepada Lim berkata, mereka mempertimbang untuk menyaman Nasrudin berikutan kenyataan susulannya selepas penyelesaian kes saman mereka di luar mahkamah semalam.

Ia berhubung kenyataan Nasrudin bertajuk "Catatan dari Mahkamah Tinggi Georgetown - Kes diselesaikan di luar mahkamah" yang dikeluarkan sebaik sahaja penyelesaian di luar mahkamah dipersetujui Lim dan Nasrudin semalam.

"Sekiranya Nasrudin yakin artikel itu bukan fitnah terhadap Lim Guan Eng, mengapa pula terdapatnya persetujuan beliau untuk menyuarakan kekesalan dan membayar kos kepada ketua menteri? Fikirkanlah siapa sebenarnya yang berdusta.

"Susulan daripada penjelasan di atas dan sekiranya masih ada putar-belit dalam mana-mana laporan media berhubung dengan penyelesaian damai tersebut, Lim Guan Eng tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya," kata Raja Syarafina dalam kenyataannya.


Tantawi mengaku salah tapi masih putar belit 
Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang, Lim Guan Eng menarik balik tuntutan saman fitnah terhadap Ketua Penerangan PAS merangkap Ahli Parlimen Temerloh, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi (defendan) (Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Guaman Sivil No. 23NCVC-15-10/2014) berhubung artikel bertajuk ‘Apa Beza Kidex dan Terowong Pulau Pinang’ yang ditulis dan dimuat naik oleh defendan ke facebooknya pada 6 Ogos 2014. 
Penyelesaian damai antara pihak-pihak menerusi suatu Perintah Persetujuan bertarikh 18 Januari 2016 di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Lim Chong Fong ekoran permohonan penyelesaian dari defendan dan persetujuan defendan untuk:- 
(a) Defendan menzahirkan kekesalan beliau di hadapan Hakim dan hadirin yang hadir dalam Mahkamah mengenai kandungan artikel tersebut yang telah mengakibatkan salah faham terhadap Lim Guan Eng. 
Kenyataan yang diutarakan oleh defendan dan seperti yang direkodkan oleh mahkamah yang mulia serta disahkan kembali oleh defendan berbunyi seperti berikut: 
“Menghadiri perbicaraan hari ini dan setelah meneliti dokumen yang dikemukakan ke Mahkamah, saya kesal artikel saya mencetuskan salah faham terhadap YAB Ketua Menteri Pulau Pinang. Pihak pihak bersedia untuk tidak memanjangkan kes ini dengan menarik balik artikel saya yang bertarikh 6 Ogos 2014 yang lalu yang didapati tidak mempunyai asas ke atas Ketua Menteri”  
(b) Defendan membayar RM10,000 kepada YAB KM sebagai kos. 
Memandangkan saya sendiri menyaksikan rentetan peristiwa yang membawa kepada penyelesaian damai di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam, pastinya ramai yang terkilan termasuk saya dengan tindakan Nasrudin menulis rencana susulan bertajuk ‘Catatan dari Mahkamah Tinggi Georgetown – Kes diselesaikan di luar mahkamah’ yang boleh diakses melalui laman web http://www.pas.org.my/arkib/ketua -penerangan/7338-catatan-dari-mahkamah-tinggi-georgetown-kes-diselesaikan-di-luar-mahkamah. 
Sama ada rencana itu ditulis dalam kealpaan atau kecuaian yang disengajakan, Nasrudin tidak seharusnya memutar belit fakta dan/atau memperlekeh kebenaran dalam usaha menegakkan benang basah. Harus ditekankan bahawa:– 
(a) Walaupun prosiding guaman terhadap Nasrudin dijadual berlangsung semalam dan hari ini, KM masih menerima jalan penyelesaian damai yang dicadangkan oleh mahkamah. Dalam pada ini, Nasrudin hanya perlu antara lain, meminta maaf akibat tohmahan dan fitnah yang dilempar terhadap KM dalam artikel tersebut; 
(b) Meskipun Nasrudin tahu dan/atau patut tahu dari dokumen yang difailkan untuk tujuan perbicaraan bahawa artikel itu  sememangnya merupakan fitnah beliau terhadap KM, Nasrudin enggan memohon maaf daripada KM. Malah, Nasrudin juga sebenarnya enggan untuk menyuarakan kekesalan beliau terhadap salah faham yang dicetuskan akibat daripada artikel tersebut; dan 
(c) Andainya Lim Guan Eng mementingkan kepentingan dirinya semata-mata dan enggan menerima kenyataan ‘kekesalan’ daripada Nasrudin, tidak mungkin penyelesaian damai boleh berlaku sama sekali. 
Sekiranya Nasrudin yakin artikel itu bukan fitnah terhadap Lim Guan Eng, mengapa pula terdapatnya persetujuan beliau untuk menyuarakan kekesalan dan membayar kos kepada KM? Fikirkanlah siapa sebenarnya yang berdusta. 
Susulan daripada penjelasan di atas dan sekiranya masih ada putar-belit dalam mana-mana laporan media berhubung dengan penyelesaian damai tersebut, Lim Guan Eng tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

Raja Syarafina Raja Shuib
Pegawai Khas Undang-undang
Ketua Menteri Pulau Pinang
Sumber
Addin:

Addin tak suka dengan ahli politik yang mempergunakan agama untuk kepentingan diri dan politik mereka. Ini akan jadi bad perception bagi agama Islam itu sendiri. Pinjam kata-kata Mat Luthfi.."jangan jadi penunggang agama".. Elok KM Penang saman je Nasruddin Tantawi. Malu nak panggil ustaz..




4 comments:

  1. Kalau LGE ada tulur saman je terus nasaruddin.. Jangan nak memandai ajak berunding di luar mahkamah lagi.. The moment ajak berunding kat luar, rakyat pun tahu sape yg nak sorok sesuatu dlm mahkamah jika perbicaraan diteruskan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, patutnya LGE saman terus Nasaruddin tuntut bayaran berjuta-juta sehingga muflis ularmak mulut longkang nih! Kemudian tentu Nasaruddin hilang kelayakan sebagai ahli parlmen. Ikutlah nasihat Wan Rosli yang teramatlah bangangnya.

      Delete
  2. PAS dah ganti UMNO ke arah yang lebih teruk dari UMNO....

    ReplyDelete
  3. Apa la bingai sangat, kalau dh dia betul apasal pegi terima rundingan selesai dan tarik balik artikel. Bayar pulak kos 10 ribu.. Tolak je lah.. lawan sampai terbarai, bukan ada apa yang perlu dijaga lagi sebab dap dah diistihan sbg musuh

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...