Friday, 29 January 2016

Setelah Ditekan, SPRM Buat U Turn?

Setelah Ditekan, SPRM Buat U Turn? Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed akan membuat laporan polis terhadap beberapa laporan media yang memetik maklumat yang didakwa diperolehi daripada kakitangannya.

"Biar saya jelaskan, jika ini adalah benar, perkara itu tidak akan diterima dan tindakan akan diambil.

"Melangkah ke hadapan, tiada kenyataan oleh mana-mana individu patut mewakili pendirian rasmi SPRM mengenai kes-kes ini melainkan jika ia dikeluarkan oleh bahagian komunikasi strategik SPRM selepas mendapat kelulusan saya," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pegawai SPRM mesti mendukung standard etika yang tinggi dan bertanggungjawab terhadap sumpah jawatan mereka.

Abu Kassim mengulangi bahawa SPRM tidak mempertikaikan atau mencabar keputusan Peguam Negara untuk membersihkan Perdana Menteri.

"Seperti yang dinyatakan semalam, rujukan kita kepada Panel Penilaian Operasi SPRM adalah satu prosedur operasi standard sebagai sebahagian daripada proses penutupan mana-mana kes.

"Untuk penjelasan, kuasa Peguam Negara ke atas semua prosiding jenayah yang diberikan kepadanya adalah menurut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

"Kuasa-kuasa ini adalah mutlak dan tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak berkuasa," katanya.

Selasa lalu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengumumkan bahawa tiada tindakan akan diambil ke atas Najib yang terpalit dengan isu ‘derma’ RM2.6 bilion dan wang RM42 juta SRC International.

Setelah Ditekan, SPRM Buat U Turn? 

Pada hari berikutnya, Pengarah Bahagian Operasi Khas, SPRM Datuk Bahri Mohd Zin dipetik oleh akhbar The Star sebagai berkata suruhanjaya itu berkemungkinan besar akan merayu keputusan tersebut.

Beliau juga menyifatkan kes itu sebagai "mudah."

Kenyataannya itu dilihat sebagai bercanggah dengan kenyataan Apandi bahawa SPRM mengakui bahawa tiada bukti amalan rasuah.

SPRM menjadi tumpuan selepas akhbar Wall Street Journal dan laman web Sarawak Report mendedahkan sejumlah wang yang besar disalurkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri berdasarkan beberapa dokumen yang bocor Julai lalu.

Siasatan kemudian menjadi kusut apabila pihak polis menyoal-siasat beberapa pegawai kanan SPRM yang didakwa membocorkan dokumen, manakala suruhanjaya itu mengadakan solat hajat.

Semalam, Malaysiakini memetik sumber-sumber yang rapat dengan penyiasatan sebagai berkata SPRM mencadangkan tiga pertuduhan ke atas perdana menteri mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Hari ini, Reuters pula melaporkan bahawa sumbernya mendakwa Peguam Negara mengabaikan nasihat SPRM untuk membawa Najib ke mahkamah.

Najib berulang-kali menafikan bahawa beliau melakukan sebarang salah laku atau menyalahgunakan wang rakyat.

Sebaliknya mengaitkan dakwaan itu dengan komplot untuk menjatuhkannya.





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...