Friday, 22 January 2016

Sah!! Mamat Ni Ganti Mukhriz..

Sah!! Mamat Ni Ganti Mukhriz. Selepas 14 daripada 15 ketua Umno bahagian Kedah mengumumkan tidak percaya dengan kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir semalam, nama Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah disebut-sebut sebagai calon menggantikan beliau, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Akhbar milik Umno itu memetik sumber berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata itu dipercayai mendapat sokongan padu pemimpin Umno dan sebahagian besar wakil rakyat negeri itu.

"Setakat ini boleh dikatakan sah, Ahmad Bashah akan menggantikan Mukhriz, tetapi segala-galanya bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan parti.



Sah!! Mamat Ni Ganti Mukhriz

"Tambahan pula, difahamkan beberapa pemimpin meletakkan syarat, kalau Mukhriz mahu ‘diturunkan’, beliau harus digantikan Ahmad Bashah bukan calon lain," menurut satu sumber yang dihubungi Utusan.

Sumber juga dilaporkan berkata, pelantikan Ahmad Bashah, yang mengetuai sidang media di Alor Star mendesak Mukhriz digugurkan semalam, dijangka dilakukan selewat-lewatnya akhir bulan ini.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...