Friday, 29 January 2016

Rupanya Tabung Haji Tenat Memang Benar?

Rupanya Tabung Haji Tenat Memang Benar? Putrajaya menyekat laluan ke blog yang mendedahkan surat amaran Bank Negara kepada Tabung Haji yang baru-baru ini memberi amaran simpanan Tabung Haji dalam paras bahaya.

Blog Tabunginsider dan OutSyed The Box memberikan notis "Laman sesawang ini tidak boleh diakses di Malaysia kerana melanggar undang-undang negara".

Posting terakhir Tabunginsider adalah "Amaran keras Daripada Pemantau Institusi Bukan Bank" yang memaparkan surat Bank Negara kepada Tabung Haji.

Ia mengandungi surat-surat Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Posting pertama Tabunginsider yang diterbitkan Jumaat minggu lepas, menyatakan ahli-ahli politik campur tangan dalam pentadbiran Tabung Haji dan mendakwa ia menjalankan pelaburan berisiko.

Syed Akbar Ali menerbitkan semula surat-surat kepada Jamil itu di blognya, Outsyed The Box pada hari yang sama.

Dalam posting blog tengah hari semalam, beliau berkata beliau menerima teks mesej daripada orang ramai yang mengatakan blognya tidak dapat diakses.

"Adakah ini demokrasi digital baharu? Laman web menjadi tidak boleh diakses. Apabila terdapat perkara yang perlu disembunyikan, seseorang itu perlu menyembunyikan perkara berkenaan," katanya.

The Malaysian Insider menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Malaysia (SKMM) untuk komen dan sedang menunggu jawapan.

Sementara itu, Syed Akbar memberitahu The Malaysian Insider, blognya disekat sejak semalam tanpa sebarang amaran daripada pihak berkuasa.

"Saya sangat sedih dan tidak puas hati terhadap mereka menyekatnya. Ia sangat tidak adil, saya hanya seorang blogger. Saya bukan ancaman kepada negara ini atau kepada keselamatan negara atau untuk rakyat Malaysia."

Rupanya Tabung Haji Tenat Memang Benar? 

Beliau berkata, ia mungkin disebabkan penerbitan surat kepada Tabung Haji.

Katanya, beliau juga ada menulis mengenai artikel Sarawak Report beberapa hari lalu. Ia merupakan laman web pemberi maklumat yang diharamkan di Malaysia.

"Saya juga menerbitkan semula artikel Wall Street Journal. Tetapi selain itu, tiada apa-apa yang memerlukan pihak berkuasa menyekat blog saya.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini berkata sudah tugasnya menjamin keselamatan semua rakyat Malaysia daripada pengganas. Tetapi saya tidak melihat blog saya sesuai dalam kategori ini.

"Blog saya sangat terkenal di Malaysia kerana menentang keganasan. Saya selalu menentang keganasan. Itulah mesej utama dalam blog saya. Jadi bagaimana mengharamkan blog saya dapat disamakan seperti apa yang beliau (Najib) katakan?"

Rupanya Tabung Haji Tenat Memang Benar? 

Syed Akbar berkata beliau tidak akan mengemas kini blognya selagi ia masih disekat.

Beliau percaya terlalu sedikit pembaca akan tahu bagaimana mengelakkan pengharaman menggunakan pelayan proksi atau melaraskan pelayan DNS.

"Saya pada dasarnya kehilangan pembaca saya. Jika saya menulis sekarang, terlalu sedikit orang yang akan membacanya. Saya akan membuang masa saya. Saya tidak boleh berbuat apa-apa sekarang.

"Saya perlu memikirkan semula keadaan saya. Mungkin saya akan menulis buku," katanya. 




4 comments:

  1. Apa yg pernah betul dengan blog2 anjing pakatoon ni? Setiap isu semuanya dapat dijawap dengan mudah. Dulu kononnya felda dag bankrup. Tup tup bila felda bayar dividen yg tinggi pada peneroka...pemimpin2 kamu boleh dabik dada pulak kata kalau mereka yg memerintah felda boleh bayar tinggi dari apa pemerintah bayar. Kalau tak bodoh...apa namanya tu?

    Hal rm2.6b najib. Siapa diantara kamu atau pemimpin kamu yg berani tampilkan bukti selain hanya menabur dan memetik kata2 yg ditulis dalam SR? Bila tanya SR, mereka kata dari dokumen justo. Justo pulak sahkan dokumennya telah dimanipulasi dan diubah. Jadi??????

    Setiap yg hidup pasti mati. Setiap perbuatan pasti ada balasan. Dosa dan pahala itu jawapan hakiki. Beringatlah sebelum malaikat maut datang menjemput. Jika benar manusia2 itu bersalah.....Allah pasti membalasnya secara tunai didunia lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih ada lg org buta hati yg percaya penipuan

      Delete
  2. Saham felda tinggai berapa

    ReplyDelete
  3. Kita tunggu dan lihat mudah2an khabar angin prestasi tabung haji meleset itu tdk benar

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...