Friday, 15 January 2016

Rupanya Kumpulan Ini Yang Mengaku Serangan Di Jakarta

Rupanya Kumpulan Ini Yang Mengaku Serangan Di Jakarta. Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) mengaku bertanggungjawab terhadap letupan dan tembak menembak yang menyebabkan kematian di Jakarta, Indonesia hari ini, lapor AFP.

Menurut agensi media antarabangsa itu, dalam satu kenyataan Isis mengakui terlibat dengan serangan yang mengorbankan nyawa orang awam dan pihak keselamatan Indonesia.

Kenyataan itu mengatakan serangan menyasarkan perjumpaan negara "sekutu Amerika Syarikat" di Jakarta yang mahu memerangi Isis di Iraq dan Syria.

Dalam kejadian serangan bom dan senjata api itu, 7 maut termasuk 5 suspek pengganas itu.

Dua orang awam yang terkorban ialah masing-masing seorang rakyat tempatan dan warganegara Kanada yang secara kebetulan berada di dalam restoran Starbucks berkenaan manakala puluhan lagi termasuk 5 anggota polis dilaporkan cedera termasuk ada yang parah.

Rupanya Kumpulan Ini Yang Mengaku Serangan Di Jakarta

Sementara itu, semua restoran Starbucks di Jakarta akan ditutup mulai hari ini sehingga ke tarikh yang diumumkan kelak.

"Semua Starbucks di Jakarta akan ditutup hingga pemberitahuan lanjut. Kami akan terus memantau situasi ini dengan saksama," kata kenyataan pengurusan Starbucks seperti yang dipetik CNN Indonesia.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...