Wednesday, 13 January 2016

Rupanya Ini Dalang Perlombongan Haram Bauksit?

Rupanya Ini Dalang Perlombongan Haram Bauksit? Dua kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) termasuk seorang pegawai kanan dituduh di Mahkamah Seksyen Khas Rasuah Kuantan, Pahang hari ini, berhubung tuduhan menerima sogokan sebagai balasan melindungi aktiviti perlombongan bauksit haram.

Penolong Pegawai Tanah, Fadly Abd Malek, 35, berdepan dua pertuduhan, manakala Penolong Pengarah Kuat Kuasa Syed Umar Khalil Syed Khalid, 34, pula berdepan satu pertuduhan.

Bagi pertuduhan pertama, Fadly dituduh menerima RM35,000 daripada Anurul Hiraq sebagai balasan tidak diambil sebarang tindakan terhadap aktiviti perlombongan bauksit haram dengan cara menjual Borang 13D atas nama Syarikat Aras Kuasa Sdn Bhd.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan pada 18 November 2015 antara jam 4 dan 4.30 petang di dalam sebuah kenderaan bersebelahan Restoran Santai, Kampung Baru Peramu, Kuantan.

Bagi pertuduhan kedua, Fadly dituduh menerima RM30,000 daripada Anurul Hiraq sebagai balasan tidak diambil tindakan ke atas Anurul Hiraq menjalankan aktiviti perlombongan bauksit haram.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan pada 6 Januari 2016 lebih kurang 12.30 tengah hari dalam sebuah kenderaan di pekarangan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan.

Rupanya Ini Dalang Perlombongan Haram Bauksit?

Bagi kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan dikenakan denda tidak kurang lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Sementara itu, Syed Umar dituduh bersubahat bersama Fadly menerima wang tunai RM30,000 daripada Anurul Hiraq sebagai balasan melindungi Anurul Hiraq yang menjalankan aktiviti perlombongan bauksit haram.

Kesalahan itu dilakukan pada 6 Januari 2016 jam lebih kurang 7.35 petang di pekarangan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan.

Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 28 (1)(c), yang dibaca bersama Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. Jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan Hakim Habibah Mohamed Yusof membenarkan Syed Umar dan Fadly masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 5 Februari 2016. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Syafinas Shahbudin.




1 comment:

  1. jangan bangsat sangat mana menteri adun tak tangkap pun wyang aje kakitangan kerajan azam brani le.kena adun menteri dia back up balik tak bukti sudah lah sprm

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...