Saturday, 30 January 2016

Berita Ini Betul-Betul Mengejutkan PAS..

Rayani Air Nafi Lantik Mursyidul Am PAS Sebagai Penasihat. Syarikat penerbangan baru berkonsepkan syariah Rayani Air tidak berhasrat melantik Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din sebagai penasihat seperti dilaporkan sebelum ini.

Pengarah eksekutifnya Ravi Alagendran Ravi turut menepis khabar angin yang mengatakan syarikatnya mahu membuat pengasingan tempat duduk antara lelaki dan wanita.

Spekulasi tentang Haron timbul akibat salah faham semasa perbincangan mengenai pemilihan panel syariah, kata Ravi lagi.

“Kenyataan sebelum ini untuk melantik Haron adalah tidak benar dan salah faham sebenarnya.

“Sebelum ini kita sudah adakan perjumpaan dengan beberapa tokoh ulama untuk mewujudkan garis panduan konsep patuh syariah,” katanya seperti dipetik Kosmo! hari ini.

Rayani Air Nafi Lantik Mursyidul Am PAS Sebagai Penasihat

Sebelum ini timbul andaian Rayani Air berhasrat melantik Haron sebagai penasihat kerana industri penerbangan tempatan belum pernah melaksanakan pensijilan mengikut panduan Islam.

Namun Haron, dalam satu kenyataan, mengakui tidak pernah didatangi atau dihubungi pegawai syarikat itu untuk menawarkan jawatan berkenaan.





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...