Wednesday, 13 January 2016

Rahsia Tuan Guru Haji Abdul Hadi Tersebar?

Ramai yang tertanya-tanya. Apa dah jadi dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi? Kenapa berubah 180 darjah dalam pendirian politiknya hingga menyeret PAS dan Pakatan kekancah perpecahan. Lebih-lebih lagi yang telah lama mengikutinya. 

Ketika itu beliau adalah ‘the Rising Star of PAS’. Beliau membina ikutan dengan kepetahan retoriknya dalam berceramah. Tidak kurang pula yang fanatik dengannya. Bintangnya terus bersinar hingga membolehkan beliau menjadi ikon perjuangan Islam. 

Ke mana sahaja beliau pergi, ramai pendengar dan penontonnya. Ceramah dan kuliahnya di Rhu Redang menarik ribuan, malah adakalanya puluhan ribu. Begitu juga kuliah tafsirnya di Masjid Mujahidin Damansara Utama dinanti-nanti pengikutnya dan setiap minggu menjadi seperti pesta.

Popularitinya terus berkembang begitu juga ketokohannya yang dapat membantu beliau mengambil-alih sebagai Presiden PAS setelah Almarhum Ustaz Fadhil Nor. Salah satu yang menyebabkan beliau begitu popular ialah Amanat Haji Hadi yang di rakamkan ketika ceramahnya di Bagol Peradong pada 7 April 1981.

Amanat itulah yang menjadi pegangan hampir semua pengikut PAS dan bukan PAS tapi condong kepada Islam ketika itu. Walaupun Hadi tidak pernah mengaku bahawa amanat itu amanat beliau, tetapi sudah cukup bukti beliau merestuinya lantaran beliau tidak pula pernah menolak dan menghalang sehingga poster dan kaset amanat itu dicetak dan disebarkan secara meluas.

“Saudara-saudara sekalian, percayalah! Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN, bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. 
Percayalah saudara – saudara! Perjuangan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak – puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam. Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, Kita tidak payah masuk Buddha tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku, agama suku”.

Ramai di kalangan orang PAS dan rakyat Malaysia mendakwa, amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi inilah titik tolak bermulanya kafir-mengkafir di negara kita terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Isteri berpisah dengan suami, orang PAS tidak solat berimamkan imam tertentu dan di masjid tertentu.

Kuatnya pengaruh Amanat itu juga menyebabkan majlis perkahwinan dan kenduri diboikot hanya kerana perbezaan parti dan kefahaman politik. Dan tidak ada usaha dari Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan pengikutnya membetulkan suasana itu ketika itu. Dan ramai orang mendakwa kemuncak dari Amanat tersebut ialah terkorbannya Almarhum As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan 14 orang pengikutnya di Mamali di tangan pihak yang berkuasa ketika itu.

Amanat-Hadi-Jawi Tapi kenapa sekarang Tuan Guru Haji Abdul Hadi berubah? Apakah sikap kerasnya itu kendur seusai usianya? Atau apakah Hadi berubah kerana Perlembagaan Malaysia sekarang tidak lagi Perlembagaan Penjajah? Apakah terdapat perbezaan Perlembagaan Malaysia tahun 80an ketika Tun Dr. Mahathir berkuasa dengan perlembagaan sekarang ketika Najib berkuasa? Yang pasti Amanat Hadi itu seolah-olah menggambarkan Hadi tidak menerima Perlembagaan Malaysia yang sedia-ada, yang tidak berubah sejak merdeka hingga ke hari ini. Dan Amanat itu mengajak pengikut PAS untuk menolak Perlembagaan Malaysia yang ditakrifkan sebagai Perlembagaan Penjajah, Peraturan Kafir, Peraturan Jahiliah.

Atau perubahan Tuan Guru Haji Abdul Hadi lantaran serangan jantung yang dideritai ketika di Turki? Atau kerana janji Najib untuk menyokong Hudud PAS? Atau Mungkin kerana Kerajaan Kelantan telah menerima royalti minyak dari Najib? Atau imbalan-imbalan yang kita tidak tahu. Semua itu menjadi tanda tanya di kalangan ramai yang mengikuti perkembangan perubahannya yang mendadak itu.

Yang pasti tiada jawapan yang meyakinkan. Kalau hendak menjadi penasihat kepada kerajaan kenapa tidak dilakukan sejak dulu. UMNO tetap UMNO, BN tetap BN. Perlembagaan Malaysia tetap sama. Yang beza cuma dahulu Mahathir, sekarang Najib. Yang beza dulu tak ada 1MDB, sekarang ada 1MDB sehingga terhutang RM47 bilion. Dulu tidak kelihatan wang derma RM2.16 bilion masuk akaun peribadi seseorang, tetapi sekarang ada.

Dan tiada penentangan, teguran mahu pun nasihat dari  Tuan Guru Haji Abdul Hadi tentang kedua-duanya itu. Orang yang berprinsip Islam pasti akan bersuara lantang dalam ruang lingkup amar maaruf nahi mungkar bahawa orang berjawatan awam tidak sepatutnya menerima derma sebegitu banyak dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi. Hadi seharusnya menasihati Najib supaya berehat sementara dari menjadi perdana menteri supaya penyiasatan secara terbuka dan telus dapat dijalankan. Tuan Guru Haji Abdul Hadi seharusnya mengingatkan Najib kalau wang derma itu untuk UMNO, kenapa akaun UMNO tidak menunjukkan perkara itu di mesyuarat agung UMNO.

Ini yang memusykilkan ramai orang akan niat sebenar dan perubahan Tuan Guru Haji Abdul Hadi. Yang lebih malang, perubahan Hadi menggoncang kestabilan PAS dan kekuatan Pembangkang yang mula dapat momentum sokongan rakyat sejak tahun 2008.

Ada pula yang mendakwa apa yang berlaku adalah untuk Tuan Guru Haji Abdul Hadi memadam dosa dari Amanat tersebut. Tapi mereka memperingatkan Hadi supaya tidak lupa kepada pengorbanan Almarhum As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan pegikutnya dan ramai lagi pengikutnya yang telah menjadi mangsa kekejaman dan kealiman pihak berkuasa lantaran perpegang teguh kepada Amanatnya.

Mahukah dan mampukah Tuan Guru Haji Abdul Hadi memohon maaf kepada mereka dan waris mereka?


Yunus Tasim






10 comments:

  1. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA lawak giler artikel nih

    ReplyDelete
  2. BIASALAH DUNIAWI ,JIKA TIDAK SELARI DENGAN KEHENDAK MEREKA BERBAGAI ALASAN DICARI DAN HARI2 MENJADI ZIKIR MEREKA.PAS KELUAR DARI KOMPROMI DENGAN DAP BUKAN KELUAR AGAMA.APA YG MEREKA TAKOTKAN DAN GUSARKAN HINGGA MENGGIGILJARI JEMARI MEREKA UTK MENAIP?? DENGAN KELUARNYA PAS DAN TANPA MEMBERI SOKONGAN PADA AMANAH MENJADI SASAU BLOGER2 HARAPAN DAP DAN PAN.ISTIQOMAH BERSAMA ULAMA.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah komen bangang dan jelas sekali bercirikan kewanroslian.

      Delete
  3. Enter your comment..Wala'un bersuara memujuk hati!

    ReplyDelete
  4. Kenapa perlu PAS mengikut sirah yg mahu dibawa PR? Kenapa perlu PAS tunduk kepada kehendak minoriti rakyat negara ini di dalam PR? Yg penting sekali, kenapa PAS perlu mengorbankan prinsip dan asas perjuangannya hanya keran PKR, DAP dan PAN mengatakan pendapat mereka?

    Islam dibwh PR atau PH adalah islam yg diperintah...bukan islam yg memerintah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pas dibawah umno bukan islam yg perintah. sampai bila pas bolih perintah malaysia. tiada harapan dan jangan diharap.

      Delete
  5. Pendirian boleh berubah bila ilmu bertambah.
    Ingat kisah seorg yg digelar buya, awal awalnya tidak berqunut dan tidak nyambut maulidurRasul, tp kemudiannya berqunut dan terlihat ikut sama berdiri dlm majlis maulid. Bila ditanya, dijawab dulunya baru baca satu kitab, sekrg sudah baca bnyk kitab.
    Begitu juga kisah imam kita Abu Hasan Al Ash'ari, mulanya muktazilah, tp bila mendlm dan lbh memahami, mengubah pendiriannya.
    Soal kesilapan lalu, istighfar dan taubat, kemudian tawakkal kpd Allah swt.
    Sifat org beriman yg sempurna itu, memaafkan, berlapang dada dan suka berbuat baik.

    ReplyDelete
  6. Kenapa xcerita sejarah betul-betul?? zaman pemimpin umno hina hudud??? zaman umno pecat imam dan lantik imam mereka??? mase mahathir guna isa ikut suka... ni cerita pasal amanat yang bukan amanat sebaliknya petikan ceramah. dari dulu sampai sekarang hj. hadi dan pas memang tetap dan utuh dengan dasar islam.

    ReplyDelete
  7. haha, semua salah dia ye.. woi mangkuk.. dulu masa anwar msih lg dlm umno sapa yg mula2 bangun bela anwar? ni ha org tua ni la.. tak kisah anwar dr parti apa pon, jika hukuman x selari dgn islam, TGHH ni tak akan terima, bukan tolak bulat2.

    sma jgak skrg, org duk UG2 pas dgn umno, woi, pergi cari video kt wall beliau, jelas2 dia bgtau SEJARAH tak akan berulang. kau nk dia ulang 100X baru puas ati? bila pemimpin DAP yg lain bergambar dgn pmimpin umno boleh pulak, tp tgk je TGHH bergambar, terus jd gile..

    rajin sikit baca sumber lain, jgn biar otak kena basuh di MK dgn TMI. baca dgn mata hati bukan nafsu. sekian

    ReplyDelete
  8. Saya setuju dgn komen tuan.. Sejak kena singkir dlm muktamar, semua pemimpin PAN jd tak keruan.. kecuali Ust Ghani Shamsuddin..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...