Tuesday, 19 January 2016

Qu Puteh Bengang Dengan KAFA?

Datuk Seri Dr Hasmiza Othman dikatakan bengang dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang mahu mengekalkan penggunaan jersi tradisi skuad itu.

Beliau yang merupakan penaja utama pasukan The Red Warriors (TRW) tidak bersetuju jersi idamannya yang menggunakan warna merah jambu sekadar digunakan sebagai jersi ketiga pasukan itu.

“Saya tidak setuju jersi utama kekal menggunakan warna tradisi Kelantan iaitu warna merah dan biru putih seperti yang diumumkan pada Sabtu.

“Seperti yang kita bincangkan sebelum ini, saya mahu jersi itu dengan warna berasaskan pink, hanya jersi kedua akan menggunakan warna merah,” katanya seperti dilapor mStar Online.

Pengasas produk jenama Qu Puteh itu yang lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan tertinggi KAFA berhubung perkara itu.

Katanya, dalam perbincangan itu beliau turut membawa bersama peguamnya.

“Saya tak peduli, Nike ke Adidas ke yang penting mereka kena selesaikan warna jersi ini. Saya kena dapatkan hak saya sebagai penaja utama.

“Saya harap ia akan diselesaikan minggu depan. Setakat ini masih belum ada kata putus daripada KAFA mengenai perkara ini,” katanya.

Pada Sabtu, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Kelantan akan mengekalkan jersi berwarna merah di gelanggang sendiri dan putih biru di tempat lawan bagi aksi Liga Malaysia musim ini.

Beliau berkata, KAFA akan mendaftar jersi ketiga dengan warna ‘shocking pink’ seperti yang diminta Datuk Vida.




1 comment:

  1. ketegasan adalah resepi kejayaan - setuju warna pink kerana ianya memberi kelainan kepada dunia bolasepak

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...