Saturday, 16 January 2016

Profesor Ini Berani Kantoikan Kerajaan..

Profesor Ini Berani Kantoikan Kerajaan. Isu pelajar lapar di universiti sememangnya berlaku, Profesor Datuk Dr Mohamed Redzuan Othman yang menggesa Putrajaya untuk keluar daripada sindrom penafian.

Naib cancelor Universiti Industri Selangor (Unisel) itu berkata, perkara tersebut benar berlaku malah pernah dibangkitkannya ketika masih memegang jawatan dekan di Universiti Malaya (UM).

"Ketika saya menjadi dekan UM saya pernah membangkitkan perkara ini sebanyak 2 kali dan isu ini dibincangkan di peringkat tertinggi. 

Namun, perkara ini berakhir begitu sahaja kerana hanya fakulti saya ketika itu dikatakan mengalami masalah tersebut," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian.

Katanya, masalah pelajar lapar bukan sahaja memudaratkan kesihatan tetapi turut menganggu pelajaran mereka sehingga ada yang dibuang universiti.

Redzuan berkata, semasa masih bekerja di UM, beliau pernah menyoal siasat pelajar yang dibuang ketika akhir semester.

"Saya pelik kenapa di akhir semester ada sahaja pelajar yang dibuang. Saya tanya kepada pensyarah terlibat dan mereka kata sebab pelajar itu tidak hadir ke kelas jadi markah tidak cukup.

"Saya cuba temui pelajar tersebut dan mereka memberitahu sukar  datang ke kelas pada waktu pagi akibat bekerja pada waktu malam menampung perbelanjaan universiti," katanya.

Profesor Ini Berani Kantoikan Kerajaan

Katanya, bagi pelajar yang datang daripada keluarga susah mereka perlu mencari alternatif lain termasuk mencari kerja sampingan.

Beliau juga mendedahkan ada pelajar terpaksa menjual tin dan suratkhabar lama hanya untuk mendapatkan wang saku sebanyak RM15 ke RM20.

Katanya, ini tidak termasuk lagi dengan situasi pelajar yang datang daripada keluarga miskin hanya akan makan sekali atau 2 kali sehari.

Beliau berkata, masalah pelajar lapar ini boleh ditangani jika kerajaan keluar daripada sindrom penafian .

"Kenapa malu nak mengaku, dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi sekarang ini perkara itu memang terjadi.

"Pihak universiti perlu sensitif dalam perkara sebegini dan perlu ambil tahu," katanya.

Isu pelajar lapar mengejutkan rakyat Malaysia dengan pendedahan laporan berita mendakwa seorang pelajar universiti awam yang ususnya terkoyak kerana ikat perut.

Sebelum ini Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam reaksinya berhubung perkara itu mengakui sememangnya ada siswa hidup susah namun menolak ada pelajar yang tidak cukup makan.




1 comment:

  1. di Malaysia hanya orang kaya dan orang dari kalangan pemimpin yg mewah....dan dapat kemudahan...kita lebih buruk dari kapitalis ...selagi UMNO memerentah selagi itu rakyat susah....hancurkan UMNO bangsat....

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...