Tuesday, 26 January 2016

Petanda JDT Tidak Kekal Lama Tersebar?

Petanda JDT Tidak Kekal Lama Tersebar? Pasukan Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT) sukar bertahan lama sekiranya kelab itu hanya membuat pelaburan besar untuk membangunkan pasukan semata-mata.

Malah ia sekaligus menyukarkan sesebuah pasukan itu mencapai tahap kemajuan pasukan Eropah.

Pengarah Kanan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Safirul Azli Abu Bakar berkata, sesebuah pasukan itu perlu diuruskan seperti perniagaan supaya ia memberi pulangan keuntungan kepada kelab.

“Adakah pelaburan (JDT) ini berdasarkan untuk mendapat pulangan berlipat kali ganda atau semata-mata untuk membangunkan pasukan bola sepak sahaja? Kalau semata-mata nak membangunkan pasukan bola sepak, dalam konteks liga profesional yang semuanya dijalankan seperti perniagaan dia susah untuk bertahan lama,” katanya kepada FMT.

Sehubungan itu, dia mencadangkan supaya semua pasukan bola sepak seluruh negara perlu dimiliki oleh badan korporat yang besar bagi memastikan pelan pembangunan jangka panjang sesebuah pasukan itu dapat dilaksanakan dan terjamin seperti yang dilakukan pasukan bertaraf bintang dunia.

“Saya rasa lebih baik sekiranya semua kelab-kelab bola yang berada di Malaysia ini dipunyai oleh badan-badan korporat supaya kelab itu sendiri terjamin dalam pelan masa panjang, sederhana dan pendek.

Petanda JDT Tidak Kekal Lama Tersebar? 

“Tetapi kalau badan korporat ini masuk sebagai penaja sahaja untuk menggunakan kelab itu bagi mempromosi barangan mereka sahaja ia tidak akan kemana. Malah untuk mencapai tahap sesebuah pasukan yang profesional, kelab itu sendiri perlu diurus secara profesional oleh badan-badan korporat,” katanya.

Mengulas mengenai cadangan mewujudkan bandar sukan JDT, Safirul berkata, sekiranya hanya JDT sahaja yang serius membangunkan mutu bola sepak negeri maka ia tidak akan memberi kesan yang besar kepada pembangunan bola sepak negara.

Menurutnya lagi, apa yang perlu dilakukan ialah semua kelab bola sepak mengorak langkah sama.

“Kebimbangan saya ialah bila JDT membuat pelaburan yang begitu banyak (pembinaan bandar sukan JDT) tetapi dalam masa sama jika pasukan di negara ini sendiri lemah macam mana nak naik. Liga (pasukan lain) itu seharusnya naik dan bersaing bersama-sama JDT,” katanya.

“Yang penting usaha JDT itu sepatutnya menjadi pemangkin kepada kelab lain supaya dapat maju dari segi prestasi seluruh negara yang akhirnya memberi kesan yang baik kepada pasukan kebangsaan,” katanya.




3 comments:

  1. cakap sedap mulut.....JDT akan kekal sebagai pasukan bolasepak di segani. Percaya lah.....jgn kerana cemburu, maka pelbagai tanggapan dilemparkan.

    Adakah kejayaan itu akan datang apabila pelaburan di jalankan....Tanya peniaga peniaga ....adakah membuka suatu perniagaan maka keuntungan akan tercapai dalam masa terdekat.

    Itu sebab nya kita jauh ketinggalan dari bangsa lain. Namun tetap bangga menjadi bangsa Johor kerana Sultan dan TMJ lebih mengerti denyutan nadi rakyat.

    JDT kini sudah ada pasukan ke JDT 6....dari JDT 1 hingga 6.
    Jadi janganlah jealous ya.....

    Hidup Johor.
    JDT akan sedaya upaya usaha menjadi Pasukan yang di segani di Malaysia and you better believe THAT.

    ReplyDelete
  2. Jangan cerita pasal JDT sebab mereka sedang memajukan pasukan mereka, kita perlu bercakap bagaimana untuk meningkatkan profesionalisma dalam pasukan yang kekurangan dari segenap sudut agar setanding JDT.

    ReplyDelete
  3. Tak payah nak sebok pasal JDT.. baik ko sebok pasal FAM yg dah tido 30 thn tu..

    30 thn dpt tajaan dan peruntukan drp kerajaan.. tp ranking semakin kebelakang..



    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...