Friday, 29 January 2016

Petanda Baru Muncul.. Sah MB Kedah Bertukar

Petanda Baru Muncul.. Sah MB Kedah Bertukar. Datuk Seri Najib Razak dilihat keluar dari Istana Darul Aman pada jam 9.15 pagi, hari ini selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah, dipercayai berhubung kemelut Menteri Besar Kedah.

Turut dilihat bersama beliau ialah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Terdahulu, Perdana Menteri tiba di Istana Darul Aman dengan menaiki kenderaan rasminya, Proton Perdana berwarna hitam bernombor plat W11N kira-kira jam 8.15 pagi.

Pintu masuk Istana Darul Aman dipenuhi polis trafik serta sekumpulan wartawan dan jurukamera yang sudah menunggu sejak awal pagi tadi.

Petanda Baru Muncul.. Sah MB Kedah Bertukar

Pertemuan itu menguatkan lagi spekulasi bahawa Menteri Besar Kedah bakal bertukar tidak lama lagi, walaupun pegawai Istana Anak Bukit di Kedah memberitahu FMT semalam, bahawa pihaknya tidak menerima sebarang maklumat berhubung perkara itu.

Utusan Malaysia pernah melaporkan, istiadat pelantikan Menteri Besar baharu kemungkinan besar akan berlangsung hari ini atau selewat-lewatnya esok.

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...