Thursday, 14 January 2016

Pendedahan Mengejutkan Terbaru Dari Universiti Tempatan

Seramai 18,675 atau 74 peratus daripada 25,632 siswa yang ditemu ramah mendakwa mereka tidak berduit untuk makan.

Presiden Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM), Muhammad Jantan berkata, kajian itu dilakukan oleh pihaknya bermula 24 hingga 28 Disember lalu menerusi borang kaji selidik yang dihantar melalui emel ke beberapa universiti terpilih. “Apa yang mengejutkan, kami mendapat respons yang begitu pantas,” katanya lapor Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, enam universiti iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) memberi respon yang tertinggi.

Beliau berkata, pihaknya turut terkejut apabila mendapati 44 peratus atau 11,120 mahasiswa hanya makan nasi bujang (nasi, telur dan kicap) kerana masalah kewangan.

“Sebanyak 41 peratus atau 10,439 mahasiswa hanya makan mi segera dan 57 peratus atau 14,458 mahasiswa hanya memperuntukkan RM5 setiap hari untuk makan,” katanya.

Beliau dalam masa yang sama turut berharap hasil dapatan itu tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak untuk kepentingan peribadi mereka.



2 comments:

  1. PTPTN cuma dapat RM 13,000 untuk tempoh pengajian 4 tahun.. Yuran setahun sudah mencecah RM 2,000.. baki RM 5,000 untuk keperluan selama 4 tahun.. RM 3.00 sehari untuk isi perut??

    ReplyDelete
  2. INI BUKAN PERKARA BARU.DARI DULU LAGI BILA ADA ANAK ANAK YANG MENDAPAT TEMPAT UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN TINGGI IBU BAPA BERTUNGKUS LUMUS DGN SEGALA APA YANG MAMPU SERTA MEMINJAM SAUDARAMARA.DAN JUGA RAMAI YANG GAGAL TERUTAMANYA DIKAMPUNG KAMPUNG MAU PUN DIBANDAR DISEBABKAN TIDAK KEMAMPUAN.KINI PENGAJIAN TINGGI INI TELAH DINIAGAKN OLEH PENGKHIANAT ANAK BANGSA.MASUK SAJA SUDAH MEMINJAM PULUHAN RIBU.AMAT MENYEDIHKAN.ANAK BANGSA MENGKHIANTAI ANAK BANGSA.DENGAN PELBAGAI ALASAN YANG DIBERI SEHINGGA KINI KEMASUKAN KESEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PUN HINGGA KETAHAP RIBUAN RINGGIT.INILAH AKIBAT NYE APABILA PEMINPIN NEGARA INI MENJADI PEMGKHIAMAT KEPADA RAKYAT NEGARA INI.TANAH MELAYU DIJUAL KEPADA PIHAK TERTENTU SEWENANG WENANG NYE,DANA NEGAR HACUR LEBUR DENGAN MUDAH NYE KEMUDIAN MEMBERI ALASAN EKONOMI DUNIA TIDAK BAIK KONON NYE.PADA KAMI RAKYAT YANG MISKIN INI AKAN BERDOA MOGA PENGKHIANATAN YANG KAMU LAKUKAN INI SEHINGGA MENYUSAH ANAK ANAK BANGSA INI MOGA MOGA ALLAH DIBENCANA KAN KAMU,ANAK BINI KAMU,MAK BAPAK KAMU MAU YANG HIDUP ATAU PUN YANG DAH MAMPOS,ZURIAT SERTA KETURUNAN KAMU DILAKHANAT OLEH ALLAH.KEBAIKAN UNTUK KAMI DOAKAN KEPADA KAMU PEMINPIN PEMINPIN PENGKHIANAT NEGARA INI SUDAH TIADA LAGI.YA ALLAH YA TUHAN KU HANCUR KAN LAH PENGKHIANAT INI SEMU,MUSNAHKAN LAH BINATANG BINATANG INI SEMUA TABUR KANLAH DOA KAMI YA ALLAH YA TUHAN KU SESUNGGUH NYE KAMI RAKYAT MALAYSIA YANG TERINAYA DIATAS PERBUATAN POEMINPI MALAYSIA PENGKHIANAT INI Aamiin

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...