Monday, 18 January 2016

Pemimpin Umno Kena Tempelak Akar Umbi

Tindakan pemimpin UMNO yang terlalu ghairah membuat kritikan terhadap parti pembangkang dibidas pemimpin akar umbi.

Ketua UMNO Cawangan Rista Villa Perdana, Rushdan Mohamed berkata, pemimpin parti Melayu itu sepatutnya memperbetulkan kemelut dalaman parti dengan menegur pemimpin tertinggi bermasalah sebelum mengkritik pihak lawan.

“Ibarat seseorang yang melihat rumah jiran yang sangat kotor melalui cermin rumahnya, padahal yang kotor sebenarnya cermin tingkap kita yang kotor,” katanya kepada FMT, tanpa menamakan mana-mana pemimpin.

Rushan antara Ketua UMNO Cawangan yang lantang mengkritik Presidennya, Datuk Seri Najib Razak yang terpalit kontroversi 1MDB dan skandal wang derma RM2.6 bilion.

Terdahulu, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar melabel pentadbiran Negeri Selangor sebagai kerajaan caca marba kerana menempatkan beberapa parti politik bermusuhan dibawah satu bumbung, yang dipercayai merujuk kepada persengketaan antara DAP dan PAS.

Tambah Rushdan, UMNO seharusnya mengunakan pendekatan politik sebenar, kerana rakyat tidak lagi menerima secara bulat apa dilakukan pemimpin kerana mereka membuat penilaian sebelum memilih siapa yang layak untuk mentadbir.

“Rakyat tidak lagi menerima bulat-bulat apa yang pemimpin lakukan. Mereka menilai. Saluran-saluran rasmi kerajaan tidak lagi dapat menutup kebejatan pemimpin.

“Politik hari ni kalau nak kekal adalah politik bekerja untuk rakyat. Mereka yang dekat dihati rakyat pastinya akan terpilih walaupun hanya dari parti BEBAS,” katanya.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...