Saturday, 23 January 2016

Patutlah Nak Singkir, Tawar Muhkriz Jawatan Baru?

Patutlah Nak Singkir, Tawar Muhkriz Jawatan Baru? Menjelang perjumpaan antara Datuk Seri Najib Razak dengan pemimpin dan wakil rakyat Umno Kedah yang sedang berlangsung, sebuah portal pro parti itu membuat spekulasi bahawa Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah akan menggantikan Datuk Seri Mukhiz Mahathir sebagai menteri besar.

Menurut Mykmu.net, Mukhriz pula akan ditawarkan jawatannya sebelum ini iaitu sebagai timbalan menteri antarabangsa dan industri perdagangan.

“Ramai di kalangan ketua-ketua bahagian Umno Kedah yang sudah berada di Kuala Lumpur dan sempat penulis temui pun turut menyatakan perkara yang sama.

Penyelesaian ini dikirakan situasi ‘menang-menang’ bagi menyelesaikan kemelut yang sedang melanda Umno Kedah sekarang, apatah lagi jawatan menteri besar memang dikirakan setaraf dengan timbalan menteri,” kata portal itu.

Langkah itu, kata portal berkenaan akan membuktikan bahawa Najib tidak mempunyai masalah peribadi dengan Mukhriz seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Mykmu berkata apa yang berlaku adalah Umno Kedah mengalami krisis kepimpinan dan perdana menteri tidak terlibat.

“Tapi sebagai presiden, pengerusi BN dan perdana menteri, adalah menjadi tanggungjawab Najib untuk menyelesaikan kemelut yang sedang berlaku secara baik, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.

Apa pun keputusan sebenarnya petang ini,” kata portal itu.

Akhbar milik Umno Utusan Malaysia juga membuat spekulasi bahawa Ahmad Bashah bakal dilantik sebagai menteri besar akan datang.

Patutlah Nak Singkir, Tawar Muhkriz Jawatan Baru?

Rabu lalu, Ahmad Bashah mengadakan sidang khas untuk mengisytiharkan bahawa Umno negeri itu hilang kepercayaan terhadap Mukhriz.

Beliau juga menggesa Najib untuk campur tangan dan menggantikan Mukhriz sebagai menteri besar.

Beberapa pemimpin, yang berada di sidang akhbar itu, kemudiannya mendakwa mereka kabur dengan agenda mesyuarat meskipun diminta menghadirkan diri.


Spekulasi bertiup kencang bahawa serangan ke atas Mukhriz adalah kerana kempen bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menggulingkan Najib.

Mukhriz dilantik sebagai menteri besar selepas pilihan raya umum lalu.



Addin:

Tak dapat pulas telinga ayah.. pulas telinga anak pun jadi lah..



1 comment:

  1. Ust Fadzil Nor pernah berdoa supaya Mahathir dipanjang kan umur untuk melihat kemusnahan hasil tangannya yg mencabul Perlembagaan..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...