Saturday, 30 January 2016

Patutlah MB Baru Kedah Tak Jadi Dilantik Lagi.. Ini Puncanya?

Patutlah MB Baru Kedah Tak Jadi Dilantik Lagi.. Ini Puncanya? Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan tiga calon Menteri Besar baharu bagi mengantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir ditolak oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Sebaliknya, beliau berkata, ketiga-tiga senarai calon yang dihantar tersebut mendapat reaksi positif dari pihak istana.Katanya, beliau akan membuat pengumuman calon yang dipilih kelak.

“Setakat ini reaksi positif. Tiga calon itu ditolak Jemaah tidak betul, nanti saya maklumkan nama.

“Saya maklum kepada Majlis Tertinggi bahawa saya mengadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan saya telah serah makluman beberapa cadangan atas nama pihak UMNO dan perkembangan selanjutnya akan dimaklumkan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC hari ini.

Mengulas lanjut, Najib berkata, ketiga-tiga nama calon tersebut diserahkan kepada Tuanku Sallehhhuddin Sultan Badlishah.

Awal pagi tadi, Perdana Menteri telah mengemukakan tiga nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai calon untuk jawatan Menteri Besar kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi menggantikan Mukhriz.

Patutlah MB Baru Kedah Tak Jadi Dilantik Lagi.. Ini Puncanya? 

Tiga nama itu ialah ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail, ADUN Ayer Hangat, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid dan ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Husin.

Dalam pada itu, Najib berkata beliau juga akan membuat keputusan berhubung kedudukan Mukhriz sebagai Ketua Perhubungan UMNO Kedah.

“14 ketua bahagian putuskan perkara ini dan sebagai Presiden saya ambil maklum dan perlu membuat pertimbangan,” katanya merujuk kepada desakan supaya Mukhriz digugurkan.





1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...